Followers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 21 June 2011

Derita dia.. tidak siapa tahu...

Assalamualaikum.. 

Hari tu..kita bukak TV9 Rancangan Nasi Lemak Kopi O. aritu, Mama dengan ibah pagi2 lagi dah siapkan sarapan untuk kami semua.. tapi,  air mata ni tetibe mengalir. tak tahu kenape.. ibah tak sanggup lihat adik kecil yang bernama Radiatul Qaisara menanggung sakit " Barah Darah" ataupun dalam bahasa medikal nya "Acute Lymphoblastic Leukemia" . Sekecil umur 3 tahun adik Qaisara telah menjalani pelbagai prosedur seperti kemoterapi (seumur hidup) dan pengambilan air sum-sum tulang belakang... Ya Allah, begitu kuat adik kecil nie menanggung semua tu. Tabah nya dia.. bagaimana perasaan ibubapa adik ni.. kos rawatan dia mmg mahal. . Ayah kepada adik Qaisara ni hanya lah penoreh getah. dan jumlah setiap rawatan kimoterapi adalah  RM 1200.. kos rawatan tu sangat mahal.. tapi ayah kepada adik ni tetap berusaha apa sahaja demi Qaisara.. ibah harap.. Keluarga adik Qaisara diberikan semangat oleh Allah.. diberikan ketabahan..
Adik Radiatul Qaisara yang berumur 3 tahun.
Dahulu, arwah kakak ... dia juga salah seorang pesakit  leukemia .. akak yang menghidap "acute leukemia".  leukemia jenis ini beri kesan yang drastik kepada arwah kakak. sampai kan kami, tak dapat kesan penyakit akak tu.. Ibah ingat lagi bulan 7, tahun lepas. abah dan mama selalu berulang alik dari Batu Pahat ke Johor Bahru..semata mata melawat akak yang sakit.. masa tu, ibah dapat tengok muka arwah akak.. bila doktor mengesahkan yang akak sakit Leukemia..ya Allah.. ibah tak nak tengok akak sedih.. ibah tahu yang akak cuba nak tahan rasa sedih.. Mama dan Abah, yang duduk di tepi katil akak. selalu memberi semangat untuk dia.. tapi, sakit yang ditanggungnya.. kami tak dapat bayangkan.. akak.. akak mmg tabah.. cuma.. Allah lebih sayangkan akak.. akak, kembali ke rahmatullah pada 15 September 2010.. ibah .. mama , abah dan jugak abang selalu buat yang terbaik demi akak.. kalau boleh biarlah ibah dapat kongsi sakit akak tu.. biar ibah rasa macam mana akak rasa.. biarlah akak sihat..

Dulu.. ibah yakin. yakin akak akan hidup. akak akan terus bersemangat untuk hidup.. Akak, sampai sekarang ibah ingat kata kata akak.. last word.. akak cakap. "Adik. akak dah besar dah kan?? " 
akak.. hehe. akak boleh pulak buat lawak dengan ibah kan?? mestilah ibah dah besar. tak kan ibah budak2 kecik lagi.. kan?? akak. ibah nak cakap nie. tahun nie. ibah tak dapat dengar suara akak lagi. suara akak menyanyi kan lagu HAPPY BIRTHDAY untuk ibah.. tahun lepas ibah x dapat sambut dengan akak.. akak cuma ucap melalui handphone je.. tapi x pe.. itu semua kenangan yang ibah x dapat lupakan. sampai bila2. ibah simpan baik2 .. ;) 

: : ibah harap.. ibah dapat jumpa akak dalam mimpi ibah lagi.. buat hari istimewa ibah.. ibah nak sambut dengan keluarga kita..kalau boleh.. kan? tapi ibah x boleh sambut dengan mama n abah. sebab ibah ade dekat u... ;( 

Sunday, 19 June 2011

Day EiGHT : 10 ways to win my heart

Assalamualaikum... ;)) hai bloggie .. 
 waaahhh! kali ni post ke-100 ! okay, kita sambung cerita 10 DAYS tu ehh!  boleh ke kita lompat terus hari ke lapan! hehe. suka ati saya lar. saya punye blog.Hahaha! serius. tadi lawak gileee.. tadi ade meeting wing. Wing 1D Kolej Baiduri.. Memandang kan kita dah jadi SENIOR. part 5 . hem! hem! terbatok ibah bila, ibah disuruh duduk atas katil. adik2 junior duduk lantai je.. wing cap suruh ibah duduk jugak. tp ibah x nak. huhu. tp bila rumate ibah yang lagi satu nama dia Dila. Dila ajak ibah duduk kat atas katil jugak. haaa. ape lagi. ibah pon ikot je laaa.. ;)  tp betul.. terasa diri ni dah SENIOR laaaahhhhh. wahwah!  

Diorang boleh buat lawak pulak ngan ibah, time kenalkan diri tu. ibah cakap arr. Nama saya Noor Adibah part5 . amek kos DIB. ade pulak budak ni menyampuk. wah .. kalau gitu akak amek DIB.. DIBA lah kan? Haiii.. akak Banking!! hahaha. ;)) ye la2.. ( ape 2 je lah.. panggil je nama ape pon. asalkan korang ingat nama akak ekk ) ^^, peace.. 

Haa .. okay! stop. tujuan ibah nak tulis post kali ni pasal 10 CARA MACAM MANA NAK MEMENANGI HATI IBAH.. haaa..jujur ni tau..  nak tahu tak? ape die?? heee.. senang jeee.. meh ..meh sini baca meh..
1 * dia mesti suka budak2 ;) boleh bergurau dengan adik2.. 

2* Dia pun mesti seorang yang kelakar ^^, boleh buat kita ketawa hari2.. hehee.... 

3* Dia seorang yang memahami .. terima seadanya  :))

4* Dia GENTLEMAN .. huhu.. boleh? ke.. mesti boleh nye lah.. 

5* Dia ade sense of humor.. orang melayu cakap ape.. ade kimia ekk.. haha. ape ape je lah. yang penting ikot kata hati eekkk .. orang kata. selalunye kata hati ni mmg betul.. 

6* Dia seorang yang BIJAK. tak macam kita. SENGAL. hikhik.. 

7* Dia JUJUR.. Jujur pada diri sendiri .. dan seterusnye dia pandai BERDIKARI..

8* Dia mesti suka dan hormat  IBU BAPA dan KELUARGA kita..

9* Die mesti seorang pendengar yang baik.. sebab saya mmg suka bercakap. . hehe cian an die? asek kena dengar jek kita bercakap?? 

10* Akhir sekali ..die seorang yang LOVING .. heeee!!! kalau dah loving. mesti ade romantik die an?? romantik macam mana ekk kita nak?? agak2?? ( ibah suka SUPRISE ! ) bagi ibah  tu dah  romantik kot...  xpayah bunga2 ros pun x pe.. asalkan dia IKHLAS.. ^^,


HAHAHA!! dah.. abes cerita buat kali nie. next time kita berangan lagi ekk. cukup2 lah ibah! selamat malam semua...

Saturday, 18 June 2011

Impian dan Cita- Cita..

Assalamualaikum ! ;) hai, bloggie semua.. 

Issshhhhhh~ ape tu impian dan cita-cita ?? Serious! ibah x penah pikir tentang cita2 dan impian.. tup.tup. Pensyarah kitaorang suruh buat assignment tentang MASA DEPAN ! tajuk nye " PLAN YOUR FUTURE " korang nak tau ?? plan tu dari kita SPM sehingga kita berumur 60 tahun ! WHAT the! hahaha!!! parah ..parah laaa... ibah nak cerita pasal ape kebenda ntah. ibah pon x tahu.. 

Yang pasti, ape yang ibah kena buat dengan assignment nie, buat mengikut CHRONOLOGICAL dalam BM nye secara TURUTAN laaaa... masalah nye sekarang. ibah x nampak ape2 depan mata nie haa.. camne nak buat ekkk!  takpe2. ibah cuba. cuba untuk berIMAGINASI dan cuba untuk jadi lebih CREATIVE. dah lah ibah ni bukan jenis orang yang suka MELUKIS. bila start lukis. gambar ORANG pun jadi gambar ORANG2 tau tak??? HAHAHAHA! 

 in 2008, i  graduate from high school  
okay. 2009, First year at university.  and choose Diploma In Banking at UiTM Segamat  
erm... 2012, i transfer into Univesiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. For my degree of Islamic Banking and Finance 

arrrr.. sekarang. ibah tak tahu bila ibah akan berkahwin. agak2 lar.. dalam umur 25 tahun atau 26 tahun ibah kahwin. agak nye.. tak tahu lagi. tapi, kalau nak anak ramai. mesti kawen cepat2 an?? ibah nak 6 orang anak...  errrkk! dah jaoh dah ibah pikir nie..  tapi x salah kan kalau kita berangan ?? hehehe.. sengal ko ibah!


My dream Wedding. sudah semestinya yang cantik2 kan?? ye laa.. Perkahwinan tu kan hanya sekali dalam hidup.. ibah kalau boleh nak simple2 je. tapi nampak cantik. :) selesa laa.. 

Okay. pasal sambung belajar. ibah nak sambung Master dekat University of Tulsa, Oklahoma (USA) dalam bidang Islamic Finance.. entah bape tahun agaknye ibah belajar. ibah pun tak tahu.. kalau dah ade Family. ibah bawak lah sekali husband dan anak2 kan?? huhu. best tuu... dapat rasa jadi PERANTAU.. herm... ;)) 

Seterusnya, ape pekerjaan ibah lepas tu?? maybe jadi Lecturer.. di salah satu Universiti di Malaysia nie.. tapi ibah akan sambung lagi PHD . PHD. ibah tak tahu nak sambung kat mana.. ???? korang ade idea? huhuhu..

My dream House.. Sebuah rumah Banglo.. huhu.. boleh ke saya nak umah macam nie.. kalau tak dapat pon takpe. ibah selesa je duduk rumah mana2. rumah mama ngan abah kan adeee... hikhik tumpang je lah duk umah diorang kalau dah tak tahu nak duduk mana.


Lepas tu, Ibah nak buat KINDERGARDEN. itu ibah impikan. ade kindergarden Family sendiri. ;) ibah nak jadi Guru Besar dekat situ.. hehe.. yang pasti Suami dan Anak2 ibah mesti bagi sokongan lah kan?? huhu..walaupun, ibah dah lari jauh dari coz yang ibah amek. ibah rasa tak salah kan? kalau ade bisnes kita sendiri??? 


Apa lagi ehh?? haah! Kereta.. ibah kalau boleh dan kalau ibah mampu ibah nak beli this car!!Hish! cantek kan! ibah suke gilee.. dah lah comel. warna kuning ni pun nice ;) suka sangat. tapi kalau anak ramai. memang tak cukup lah tempat duduk tu kan??

Impian ibah bawak Mama dan Abah ke Mekah .. kalau boleh nak sama2 pergi ke sana.. dengan mereka. InsyaAllah. kalau ade rezeki banyak. ibah bawak mereke berdua. :) 

Seterusnya lagi. ibah nak pergi TRIP. herm! korang teka! ibah nak tengok PANDA.. anak2 panda.. comel kan?? herm.. mungkin ibah pegi dengan Family ibah. kalau tak pun. ibah pegi sorang. hehe. ibah nak pegi The Bifengxia Panda Center dekat CHINA. 

haaaaaa... ibah dah xde idea dah. nak cerita ape.. lepas ni mungkin sambung pasal anak2 pulak kot. ye lah kan.. cerita ni sampai ibah berumur 60 TAHUN.. ek!





Friday, 17 June 2011

Day Five : 1o Wishes !

Assalamualaikum. :) 


ish2.. baru hari ni sambung day five! huh! ;) okey. kita teruskan eh. next2.. ape wishes yang ibah buat ekk??? rasa2 korang?? ape yang ibah nak sangat ...herm.. x banyak pon simple je. just a WORD

1#  I

2#  WANT

3A

4#   HAPPY

5LIFE

6#  AND

7THE

8BEST

9MOMENT

10IN MY LIFE <3 <3 

~ hahaha! sebenarnye. kita tak tahu nak tulis ape... main pakai tulis. bosan tak tau nak cakap pe dah.  maybe terlalu banyak sangat permintaan. tu yang terus jadi WORD je wish kita tuh..


Tuesday, 14 June 2011

Kadang Kadang ...

Assalamualaikum.. 
Harap semua pembaca blog sihat2 jeee ;) 


Kadang 2 aku terpikir, kenapa eh kita rasa diri kita ni rendah sangat! rasa macam tidak patot ade dekat sini.. serius aku mmg terasa ... rasa macam "aku patot duduk dalam hutan sorang2 " mungkin dengan cara tu aku x dapat jumpa sesiapa. x susah kan sesiapa. aku pegi sini, aku salah. aku pergi sana aku lagi rasa serba salah... Ya Allah, tolong ibah.. jangan buat ibah serba salah. hilangkan perasaan nie.

errrkkkk! ape yang aku pikir, semua nya negatif. ape nie?? tak boleh2 ! ibah.. kau kena pikir positif okeyh!
aku x pernah pegi jauh dari kau. mintak maaf aku cakap. aku sedih sangat bila kau kata ...jauh... dipinggirkan. bukan niat aku, nak buat kau rasa macam tu. memang betul aku jaoh. tapi x semstinya aku x pikirkan kau.  aku mmg sayang kau sangat ! macam mana aku nak buktikan . aku pon dah tak tahu. betul.. aku tak pandai jadi kawan yang betul2 baik buat kau.. kadang2 aku pikir. kau mmg kawan yang sempurna buat aku. cuma aku jee yang tak pandai menghargai kau.. tapi aku nak kau tau. aku mencuba.. mencuba jadi kawan yang selalu ade untuk kau.. terima kasih ;) sebab selalu ada untuk aku..

: : Tatkala hati rasa kesulitan .. terima kasih untuk sahabat 
kerana sentiasa mengingatkan diri bila aku lalai
damaikan lah hati .. semoga hanya padaMu tempat untuk aku mengadu...
tempat untuk bergantung. tempat untuk berserah. tidak ada yang lain...amin. amin.. ya rabbal alamin.

* aku yang tidak sempurna...




Friday, 10 June 2011

Alhamdulillah untuk Segalanye... ^^,

Assalamualaikum.. kawan2 :))
Bismillahirrahmanirrahim... 

Banyak nye kita nak cerita dalam blog kita hari nie !! disebabkan bermacam - macam yang berlaku.. kita xsempat nak update.. baru hari ni sempat tekan keyboard laptop. hehe. 
First, kita nak cerita.. pada 8hb Jun.. kami semua sambut besday kawan kiteorang.. AQIM. sebenarnya besday dia 9hb .. tapi kiteorang sambut awal..malam 8hb tu.. Harap Aqim suka dengan kejutan tu.. 10 tahun x tiup lilin ekk?? hehe.. cian .. nah, Nina dan ibah buatkan suprise buat aqimie ceplos. tp, sorry lah.. lilin sume dah kontot2 time tu. sape soh lambat sangat! errk.. ibah pon sengal, pegi hidupkan dulu lilin tu.. TQ kawan2 sebab sama2 celebrate besday AQIM. doa ibah buat kawan ibah niee, semoga AQIM diberi kesihatan yang berpanjangan oleh Allah S.W.T. semoga apa yang AQIM nak.. akan ditunaikan.. berdoa k? insyaAllah. pasti akan termakbul. ibah harap AQIM hepi selalu. Nina, Ibah dan kawan2 yang lain selalu support AQIM dari pelbagai sudut! hehe.. bukan dari belakang je tau.. 

p/s: gambar masa malam tuh, ibah x sempat nak letak.. nanti ehh.. hehe..muka masing2 penoh tepung.. terbaik.. :)) macam hantu tau tak??   
Okay..itu kisah 8hb.. ni pulak. kita nak bercerita kisah lain pulak.. pada 9hb.. Ya Allah.. mmg x diduga perkara camnie leh jadi... erkkkk.... Dah lah dekat UiTM segamat x ada air.. terbaik kan?? hari tu, lepas kelas Finance Analysis (FIN 320), Nina dan Hanis ajak lah kita pegi mandi.. HAHA! diorang nak mandi kat mana! kita tanye... hah! dekat kolej  BAIDURI? korang biar betik! BAIDURI jauh! korang larat tak?? nak naik kolej ibah tu?? HAHA.. takot2 korang sakit kaki kang. herm. last2 ibah pulak kena pegi Kolej SMK. pehhhh... jauh2.. mmg jauh.. Kolej Baiduri dan Kolej SMK. Korang nak tau budak2 dua ekoq nie mandi dekat mana?? HAHAHA,.!! tergelak kita sensorang bila ingat balik hari tu.. Diorang pi mandi dekat  TANDAS LELAKI Dewan Sri Peria (DSP ).. yang paling BEST. ibah pulak kena JAGA LINE .. korang ekk! pandai punya budak! haha. x pe laa. korang mandi lah puas2 yek.. Ibah yang busuk kat luar nie tggu korang.. Eeeee, sabo je laa.. naseb bek kolej ibah jauh, kalau tak. dah lama ibah bawak tuala dengan sabun mandi dekat sini sekali !! 
Petang tu, Ibah dengan Nina pegi laaa lepak dalam McD segamat uhh.. tetibe, enpon nina berbunyik.. eik, no sape x kenal?? ohh okay. bila dengar suara HANIS. "korang amik aku... aku Xcident" ( Ya Allah, berdegup jantung aku! Nina??  jangan cakap pasal nina.. nina dah HURU HARA kita tengok die.. ) Macam2 persoalan kita tanya Nina.. Anis kat mana? anis okay ke tak?? anis dah sampai Muadzam shah belom?? errrhh.. kita terus terdiam. macam orang BINGUNG . Nina pulak, sebuk carik kereta SEWA . nak amek anis punya pasal dekat Muadzam tu hah... (dalam kepala kita, kalau lah anis x pegi Muadzam tu. mesti x jadi camnie!!) herm.. benda nak jadi.. sape boleh halang kan??
Bila ibah dan Nina OTW balik kampus.. kiteorang nampak ade "badan orang  tersembam di atas jalan". agak seram "MAYAT" dia belom diangkat. rasa nya die baru dilanggar.. tak tahu dilanggar dengan ape.. tapi yang kita pasti dia dah MENINGGAL.. ish.. Ya Allah, kita diam lagi.. dalam benak pikiran kita, hanya ade Hanis! kawan kesayangan ibah dan nina,.. Anis! ko okay ke?? ko tunggu kitaorang tau! ibah ngan nina sampai jap lagi...Nina pulak. dah teresak -esak sebelah ibah.. ibah cuma boleh berkata2 dalam hati.. Naaa, jangan lah nangis... ibah tahu naa sedih.. naa kena kuat! insyaAllah Anis kawan kita tu baik baik jeee.. kita doakan dia k? ( ibah dah lah xgeti nak pujuk orang..camne kita nak buat ni...)
Okay. kiteorang da dapat keta. pukul 6 petang ibah, nina dan aril bertolak dari U ..Naseb baik ada kawan2 yang tolong Nina dan Ibah. terima kaseh kawan2 terutama kawan2 kite DQS .. korang mmg kawan terbaik kami. terima kasih sangat2.. Aril, jadi pemandu setia kami.. cian jugak dekat die. sebab lepas abes kelas kul 6 tu terpaksa drive kereta dari Segamat ke Muadzam .. semata mata nak amek anis.. ;)


P/S: anis.. ko tau tak?? risau gila kiteorang kat ko .. ish2.. ko leh pulak wat lawak ngan kiteorang kan?? eeee, sabo je laaa..Lain kali jangan buat kami risau lagi! promise.. Terima kasih sangat.. dan syukur sangat kepada Allah .. sebab kawan yang kami sayang selamat ! kami balik kampus.. dngan keadaan selamat dan keadaan Noor Adibah masa tu amat kritikal! yang dah 24jan tak mandi! peeeehh.. agak arrr.. naseb baik bila sampai Kolej Baiduri ada air!!! Waaaaahhh!!! besnyerrr  dapat air!!! Xcited kita sorang2 dalam bilik air tuh! haha.. perasaan TAKOT bertukar jadi GEMBIRA bila tengok air mencurah2.. YEAYYYYYY!!!

Saturday, 4 June 2011

Day FoUr : 10 Things I want to say to one person .

Assalamualaikum :))

10 things i want to say to one person

Okay.. kita teruskan post kita yang ke empat.. hari ni ibah nak cakap untuk seseorang.. untuk seseorang yang kita sayang.. 

1# : terima kasih atas semua  pengorbanan yang ABAH lakukan buat ibah dari kecik sampai laa ibah sekarang.

2# : terima kasih atas semua kasih sayang yang ABAH beri untuk ibah..

3# : terima kasih sebab ada dengan ibah. bila ibah sedih.. ABAH laa abah ibah. sejak ibah lahir kedunia nie. 

4# : terima kasih sebab sabar dengan ibah.. kalau adik buat salah. ABAH maafkan adik ehh.. ;) kalau adik mintak abah belikan ape2 tu.. ibah gurau2 je. tapi. abah belikan jugak an?? hehe.. maceh.. ^^, 

5# :  ibah mintak maaf sebab ibah x dapat nak banggakan ABAH dan MAMA . adik cuba jadi diri adik sendiri.. tp abah paham kan?? ibah tau.. :)) 

6# : terima kasih sebab bagi ibah semangat ... dari kecik ibah lahir. ABAH ngan mama laah jaga ibah kan?? ibah dekat Institut Jantung Negara selama 91 Hari.. Abah ngan Mama laa yg jadi semangat ibah untuk terus hidup. Buktinya, ibah dah sihat pun! heee:)) alhamdulillah.. Allah panjang kan umur kitaa... 

7# : rambut ABAH dah putih.. Ibah sukeee !! hehe.. dah boleh jadi ATUK dah kan bah??? SEMOGA ABAH DAPAT CUCU cepat2.. (tgu anak abang tau.) hehe..

8# : ABAH kelakar. ABAH suke buat cite kelakar die. sampai kiteorang dalam rumah tu gelak pecah perot.. hehe.. 

9# : ABAH.. ibah nak abah jaga laah kesihatan tu.. xmo lar hisap rokok banyak2 sangat.. nanti sakit.. sape susah.. ibah xna abah sakit.. nanti sape nak jage MAMA.. ;) ibah harap abah kurang2 kan laa hisap rokok..

10# : Akhir sekali.. ABAH..Ibah sayaangg ABAH sangat2 !! MUAAAHHH ! hehe.. 

Nie laa orang yang kita sebot ABAH. 
A.LATIF BIN ABDULLAH. . heeee:))

Friday, 3 June 2011

Day Three : 10 Things that I hate .

Assalamualaikum ! heee :) 


Day Three : 10 THINGS THAT I HATE

1# : Banyak banyak sayur. kita tak suka sayur nie ! TOMATO ! 

2# : Kita paling x suka tempat yang SESAK ! nanti kita mula lah. pening .. huhu.. disebab kan terlalu ramai orang kot..

3# : Kita tak suka orang yang MEMBENCI orang lain.. ish.. macam nak kena penyepak je orang tu..  huhu.

4# : Kita paling benci orang yang x  MENEPATI JANJI .. betul.. rasa macam Geram jek !! ish! camne lah die bleh lupa janji die.. tapi kekadang, x ape kot.. maybe die lupa ke . kan kan? tu boleh laa di maafkan lagi..

5# : Kita tak suka SENDIRIAN. . kita tak boleh sorang2.. kita takot ! tapi yang pelik nye. bila duk rumah, sorang sorang boleh pulak?? mama ngan abah pegi kerja. kita duk rilek .. okay jek?? :) hahaha

6# : Kita tak suka orang yang SOMBONG ! erkk, dia ingat.. die siapa?? nak sombong2 ekk?? haha. sabo je laa kita.. kita ni sume sama jee.. makhluk Allah kan?? x payah nak sombong2 kan?? ;) cuba lah senyum ke?? senyum kan satu SEDEKAH .. 

7# : Kita benci orang yang x HORMAT ORANG TUA.. apehal ntah diorang nie.. ade yang sanggup letak mak ayah diorang dalam RUMAH ORANG TUA 2.. Ya Allah.. siapa lah yng besar kan diorang selama nie kan?? kita harap, orang yang tengah baca post kita nie. dia HORMAT ORANG TUA dia yek ;) 
Sayang lah mereka <3.. sebagaimana mereka sayang kita .. 

8 # : Kita tak suka bila tengok orang SEDIH . alaaa.. jangan lah sedih. plsss.. kita akan ikot sama sedih.. lagi2 bila orang yang sedih tu. orang yang paling rapat dengan kita.. kita boleh berdoa je, supaya dia KUAT. :) 

9# : Kita tak suka tengok LIPAS ! hehe.. geli.. entah ekk. sebab ape ? kita tak tau lah.. tp mmg betul laa kita x suke LIPAS. bila tengok LIPAS. kita cepat2 cabut lari ! haha..

10 # :  Last sekali, kita benci sangat bila kita DILUPAKAN.. huhuhu.. serius. kita mudah tacing jugak.. sape kata kita tak tacing! haha.. kita ade perasaan jugak yek.. huhu.. 

>> itu je lah buat masa nie.. POST YANG KETIGA .. yang KEEMPAT.. tgu esok pulak.. ^^, daaaaa~

Thursday, 2 June 2011

Day TwO : Things that I love .

Assalamualaikum ! haaii.. bloggie ^^,

DAY TWO : 10 THINGS THAT I LOVE

Hari nie. dah hari KEDUA ibah update post pasal THINGS THAT I LOVE ... waaahhhh.. u guesss !! teka lah! ape die ?? herm. okay. kita mula kan yerk.. 

1st : I lOve my PARENTS. of course :) there is one thing i can do love them back ! yes ! i really love my parents ! 
2nd : I lOve who LOVES me :) waaahh.. i just say. i Love u tooo.... TQ.  ( kalau orang x sayang kita pun xpe.. ) huhu.. cian... 

3rd : I lOve KIDS ! for me they are cute ! alololo ^^, comey nye die... tapi. satu kelemahan kita, bila budak kecik tu menangis.. kita tak pandai nak pujuk !

4th : i lOve my BEDROOM ! yesh ! kita mmg suke dok memerap dalam bilik.lgi lagi bila cuti sem kan?? peh.. seronok. tdo dalam bilik.. hehe!  sampai mama panggil " IBAH! trun .. bagi anak anak ibah makan nie... ( anak anak kucing aku laa tu ) hehehe..

5th : i lOve BERANGAN.. ushh.. cite pasal angan2.. jangan cite ngan IBAH ! hehe.. mmg penoh laaa.. angan angan dalam KAMUS hidup ibah.. hehe.. ^^, 

6th : i lOve COFEE.. yesh.. my life is not complete dengan KOPI.. huhu.. sukee sangat.. pagi minum kopi, malam minum kopi. petang pon minum kopi. HEHEH!! herm.. tapi ade keburukan minum KOPI nie.. bila kita terminum ! banyak kopi. kita mula lah pening2 kepala.. pastu ngadu kat orang tu.. kita pening ! hehe. ;) 

7th : i lOve TEDDY BEAR ! but.. kita nak PANDA.. tapi x de orang nak bagi.. herm, Mama kate.. mama nak belikan untuk Ibah .. hehe. ibah tggu yek..ibah nak REAL panda! ade berani ta? haha ( herm, aku nie macam bebudak ekk?? suke ati ibah laa.. ) haha.

8th : i lOve CAT . ape ape kucing laa.. asal kita jumpe kucing. kita mesti pegang die. x pegang x sah.biar lah die berkurap sekali pon. kita still pegang dia.. huhu! (pengotor kan kite ? ehh. suka ati kita lah. ) 

9th : ade satu secret ! saya simpan lagi BANTAL yang MAMA buat untuk kita kecik2 dulu sampai la nie ! heee.. tpi tu bukan bantal busuk yek.. bantal tu wangi jee tau.. ( wangi.. macam softlan tau.. hahaha..)

10th : finally. i LOVE all about SECRET. neomu neomu johahae.