Followers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 28 September 2011

Moga Panjang umur awak ^^,

Assalamualaikum.. 

Gambar ape kah ini ??? huuhuuuu.. Entah.. Tak tahu.

Nie gambar saya dan DOMO .. alololo.. penat kite carik die.. 
akhirnye, jumpe  di Kelate.. hehehe!

Nie semua gambar pada 27 September 2011 <3 
a lot of memories..

Domo si dia yang punya.. <3  Hepi besday ke 20 awak.

 Itu, Panda milik saya.. <3 mekaceh yek awak.. :) 

Kisah Nenek saya pulak !  ohh.. kisah nyeee... 
( pada 27 Sept 2011 jugak. )

 Ini pulak Nenda saya.. Che Zainab.. heee.. 
( dia sedang menunggu rumah nye siap ) 

 Ini pulak rumah lama nenek yang telah dirobohkan.. 
( wahh.. x sabar nak lihat rumah baru nenek.. ) 

 Ushoooo... kerja2 sedang dilakukan.. 

Ini lah .. Lakaran rumah Nenda kami.. Nenda Zainab Yusoff :)  
di Pekan Nenas, Johor.. Doakan rumah nenek cepat siap yek ! amin... dah lama kami semua tunggu.


P/S i love u : Moga awak panjang umur.. dan dimurahkan rezeki..  insyaAllah apa yg di cita cita kan dimakbulkan Allah S.W.T..  kita xmo cakap banyak kat sini. sebab FINAL EXAM belom berakhir. Gudluck !

Sunday, 25 September 2011

Aku ke yang salah?

Assalamualaikum. 

kau gagal. mungkin kau sedih kan tadi?  itu ape yang aku rasa. 
tapi takpe..

 kau pegang kata kata aku nie

GAGAL SEKALI TAK BERMAKNA KAU GAGAL SELAMANYA.

Monday, 19 September 2011

Final Exam :)

Assalamualaikum.. 

' ibah! ibah! bangun tidur tu.. bangun laa dah pagi dah ni.. ' 
( erkk.. bangun2 je.. lahh, ibah dekat uitm rupenye.. ingat kan dekat rumah lagi??? ) - mimpi ke aku ni?

Ya Allah baru je ibah sampai UiTm niee.. dah rindu Mama .. rindu dia menjerit panggil nama ibah. huhu! adoi.. terkantoi pulak 'anak dara' sorang ni bangun lambat .. hikhik.. Mama, sebelom ibah balik u, ibah dah puas tido sebelah mama .. tu yang balik uitm je rindu nak tido sebelah mama lagi..  Bila ibah cakap, Maa.. paper ibah start 28hb ni.. ibah nak balik uitm awal sikit.. ibah nak study kat u ..boleh kan?? Mama kata, xpe la dik.. balik je segamat tu.. buat baik2 untuk final nnti.. mama doakan adik berjaya di dunia dan di akhirat.. amin... terima kasih maa.. ibah sayang mama! muah! mama jaga kesihatan mama.. Love u MAMA.. :)

Buat pertama kali nye ibah 'study week' di kolej.. untuk sem 5 nie.. semua kawan2 sedang ber'study week dekat umah.. erm.. macam seronok je kan bunyi nye.. makan minum.. mak yg jaga.. bila dah dekat kolej.. bangun pagi sendiri.. kekadang nak pegi makan turun ke benteng makan tu pun malas! haha. kecian. perot aku lapar.. time nak bangun subuh pun 'ade orang kejot' kan?? erkk.. macam dak kecik pulak! aiyaaa Noor Adibah.. umur dah 20 tahun kan?? macam budak2 lah awak! 

Kelmarin, mama je yang hantar ibah ke terminal Batu Pahat tu, abah x ada sebab abah hantar anak2 murid die gi Program Khidmat Masyarakat kat kampung kiteorang di Pontian .. haishh.. susah betul nak jumpa abah aku nie.. anak die yang sorang ni sampai majuk. x dapat jumpe dia.. :( 

Abah, doakan adik ehh.. ' LESEN KERETA' ibah nak sangat... adik ingat JANJI abah.. abah x pernah berjanji.. tp sekali abah kata abah nak beri.. abah mesti beri kan??.. tp, FINAL ni yg menentukan ibah dapat tak LESEN yang abah janjikan tu.. korang... doakan ibah ea.. 

28/ 9/ 2011 - FIN 320 ( 9 - 12 tgh )
2/ 10/ 2011 - MGT 340 ( 9 - 12 tgh ) 
7/ 10/ 2011 - MGT 300 ( 8.30 - 11.30 pg ) 
9/ 10/ 2011 - FIN 323 ( 2.15 - 5.15 ptg )

DOAKAN NOOR ADIBAH A. LATIF - maceh... Bloggie..

Saturday, 17 September 2011

uhuk! terbatuk pulak.. heee..

Assalamualaikum :) 

   Kadang2 cinta nie datang tanpa diminta , secara tak sengaja .. heee.. boleh pulak x sengaja kan ? . huhu, hurm,... Semua orang berhak dicintai dan menyintai kan ?? . tak kira umur, tak kira rupa, keturunan, bangsa, mahupun dia seorang yang berpangkat.. kadang2 aku terpikir jugak.. cinta ni unik.. sangat unik.. lagi2 cinta tu datang dari DIA.. tapi, korang semua tahu tak, dalam cinta ni pun ade kategori nye jugak tau..  nak tau ?? huhu.. jom kita tengok satu satu eh..  dan agak2 korang, cinta korang dikategorikan yang mana satu??

1) Cinta Segera
Pertama kali bersua,memandangnya tiba-tiba hati berdenyut-denyut,jantung berdebar-debar,perasaan suka tiba-tiba menjelma. Cinta segera biasanya timbul apabila bersua atau mengenali seseorang yang mempunyai rupa atau gaya yang kita suka atau minat.Cinta begini lebih kepada cinta kepada luaran saja.Juga dikenali sebagai cinta pandang pertama. ( ehh, pandai 2 je aku kan ?? ) hahaa..

2) Cinta Psycho
Sifat orang dalam kategori cinta ini biasanya amat sensitif,kuat cemburu dan berlebihan.Setiap masa dan ketika sentiasa ingin bersama tak kira dalam keadaan apa sekalipun.Segala perhatian mesti diberikan padanya seorang sahaja.

3) Cinta Mainan
Playboy atau playgirl adalah orang yang tergolong dalam kategori cinta ini.Biasanya cinta hanya ucapan mulut sahaja bukan dari hati.Sikap orang dalam kategori ini hanya mementingkan diri sendiri,berkata cinta pada seseorang demi keperluan diri sahaja misalnya wang,harta dan sebagainya.

4) Cinta Dari Persahabatan
Apabila dua individu yang bersahabat saling memahami lama kelamaan akan timbul rasa saling memerlukan antara satu sama lain.Hasil dari perasaan ini akan muncul satu perasaan lebih daripada sahabat,iaitu perasaan saling menyayangi dan takut berjauhan.Inilah yang dikatakan cinta dari persahabatan,cinta yang lahir dari persefahaman,saling mengerti dan saling memerlukan antara dua individu.

5) Cinta Buta
Orang yang tergolong dalam kategori cinta ini sanggup melakukan apa saja demi cinta.Sanggup bergolok bergadai,susah,sengsara dan merana asal dapat memiliki orang yang disayangi.Orang dalam kategori ini biasanya tidak memikirkan kepentingan diri sendiri dan orang lain misalnya keluarga.Apa yang penting hanya orang yang dicintai.

" Kalau hati ini bintang, maka akan kuterangi hidupmu biar jelas apa yang kau mahu '

p/s : agak2 cinta Cik Panda dan si dia dikategori kan yang mana ehh?? huhu.. kalau berani jawab lah! cik panda blanje makan coklat ajeee.. hehehe

Wednesday, 14 September 2011

Hari ini & Kenangan - dari Abg Wan

Assalamualaikum.. 
Hari ni 15 September 2011 genap setahun pemergian kakak ku Noor Aisyah.. 
(kami sekeluarga merinduinya)


Kumulakan Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Hari ini..
Genap setahun pemergian isteriku yg amat ku cintai Noor Aisyah Binti A.Latif, insan yg dipinjamkan Allah SWT kepadaku yg membuat aku lebih kenal erti hidup berkasih sayang. Aku bangga punya isteri yg sebaik insan ini, walaupun perkongsian suka, duka,pahit,manis,sakit,gembira, kecewa & bahagia, susah & senang ini tidak lama tetapi ia amat bermakna padaku. Amat bermakna.

Hari ini...
Kehilangan masih amat dirasai. Terasa seperti baru semalam pemergianmu. Mungkin memang ditakdirkan hidup kami bersama penuh dugaan tetapi setiap dugaan itu penuh hikmah dariNya. Dia seorang insan yg sangat indah di mataku, indah sekali kesabarannya terhadapku, indah sekali gelak tawanya bersama ku, indah sekali semangat yg di tunjukkan padaku (walaupun di hari2 terakhir hidupnya) & indah sekali cintaNya terhadapku. Aku sendiri belum tentu mampu melakukan sepertinya.

Amat pandai mengambil hatiku dengan gurauan...Seorang yg amat manja dan amat disenangi oleh sesiapa sahaja yg mengenalinya. Mudah mesra dan tidak pernah bersangka buruk pada sesiapa pun... Sepanjang ia hidup bersamaku.

Hari ini...
Pasti kan kuziarahi pusaramu, satu-satunya tempat utk ku lepaskan kerinduanku padamu. Ku pohon kepada Allah SWT agar ditemukan dalam mimpiku... Walaupun tanpa suara, walaupun tanpa gelak ketawa... Cukup buat diriku melepaskan rinduku yg tak bertepi ini.

Hari ini...
Walaupun hari2 yg bakal ku lalui ini tanpa mu, akan ku simpan semangatmu yg kuat itu dalam jiwaku. Walau musim silih berganti, insan datang & pergi, kau tetap cinta yg abadi tersemat dalam jiwaku.

Hari ini...
Aku lebih matang dengan segala dugaan, lebih berani menerima cabaran, lebih berani melakukan perubahan dan ku harap segala pengalaman bersama insan teristimewa ini akan membuat ku lebih matang dalam episod hidup yang bakal ku lalui, lebih dekat dengan penciptaku. Inilah keindahan yg amat kurasakan, lebih dekat dengan yang Maha Esa. Lebih mengerti akan makna hidup ini.

Ya Allah Ya Tuhanku, pintaku hanyalah kebahagiaan buat rohnya disana serta diampunkan segala dosa-dosanya. Semoga rohnya ditempatkan di taman syurga mu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Kita pasti bertemu lagi... Pasti dengan iziNya...
Ku sudahi dengan Al Fatihah. Amin ya rabbal alamin.


p/s : Abang wan.. abang ipar ku, terima kasih sebab pernah bahagia kan arwah akak..abang wan tetap keluarga kami.. walaupun akak dah setahun meninggal kan kita sekeluarga..  

Monday, 12 September 2011

Ulang Tahun Noor Aisyah ke- 26 ...

Assalamualaikum. 

   Tepat pukul 9.15 pagi tadi, Mama call ibah.. Mama cakap, hari ni Besday akak..Ya Allah,  ibah terlupa maa, yang hari ni dah 12 September.. kalau kakak ada lagi mungkin kami semua sambut sama2 kan. .  Tahun lepas sebelum arwah kakak tinggalkan kami sekeluarga, kami semua sempat sambut hari kelahiran nya yang ke - 25.. seronok sngt masa tu.. ibah x lupa.. time tu jugak lah kita semua beraya sama sama.. 

12 SEPTEMBER 2010.. sekarang dah 12 SEPTEMBER 2011.. dah setahun kan?? sekejap je masa berlalu..


SELAMAT ULANG TAHUN KE-26
AKAK.. ;)


Sunday, 11 September 2011

Saya rindu dia ! Snowie ...

 
Snowie Gemok ! akak rindu dia..

  
Die OVERWEIGHT !

 ERRk ! Alhamdulillah.. Kenyang.. Baru lepas makan. mmg camtu. an ..

 Snowie .. Sombong!

MEMANG RINDU DIE SANGAT <3

Saturday, 10 September 2011

Kempen Ohh Kempen ! !

Assalamualaikum.. 

Selamat Pagi semua !! Hehehe.. 
OKAY. hari ni bangun pagi je teringat pasal Kempen kiteorang.. Kempen ape?? hurm.. ni adalah salah satu projek akhir kami.. kelas Creative and Critical Thinking. Kalau korang semua nak tau, macam mcam idea kiteorang nak buat untuk kempen nie.. tapi macam 2 masalah timbul.. 


 
 Jom sokong kami. :)
   Cik Ibah dan kawan2 diberi tugas masing2 untuk kempen nie.. tapi tugas ibah sediakan WEBSITE untuk kempen nie.. ada yang kena buat page untuk FACEBOOK . ( ini adalah tugas kawan saya iaitu AINI AMANINA ) ... BLOG pulak disediakan oleh HAZIQAH RAMLI

 Baju untuk kempen ni pun kami semua dah tempah.. Mungkin hari SELASA nie ( 13/9/2011 ) kami semua ada TRIP ke ROYAL SELANGOR.. kami semua pakai baju kempen tu :)

  Kalau semua nak tau la kan.. Di dalam Malaysia, kempen ni lebih kurang sama je dengan "Kempen Jom Naik Tangga" tetapi kalai di luar negara kite semua leh search di GOOGLE " Take the Stairs " Campaign. Buat kelas Cik Ibah JBM 1125 C . ( Diploma In Banking DIBA  Part 5 ) . Jangan mudah putus asa tau. selagi kita belom abes semester 5 nie. kita ada masa lagi untuk cari Follower dan Sokongan dari orang luar sana..

I KNOW WE CAN !


Friday, 9 September 2011

Berhari raya bersama Syana Noriza

Assalamualaikum..
Cerita pasal Hari Raya belom abes lagi..
 HAAAA!! BESAR TAK GAMBAR NIE!! HUHUHU!! NAMPAK TERANG AN! heeeee:)

Cerita pasal budak SYANA NORIZA nie.. x abes cerita niee.. 
ape2 pun saya SAYANG dia JUGAK <3 sangat sangat .. 
LOVE U MY LITTLE COUSIN.. 
sebelom terlupa.. maseh sempat akak ucap GUD LUCK untuk zana kan?? 
SEMOGA BERJAYA UNTUK TRIAL SPM.. BUAT TERBAIK TAU! AKAK TAU ZANA BOLEH =)

Stress awak. stress saya juge... huuu

Assalamualaikum.. 

  Bila nak EXAM je mula lah.. MACAM MACAM hal timbul.. Lagi2 skang ni musim batuk lah, selsema lah, demam lah.. nak pening lah.. aish.. sabo je la kan?? time camgini lah die nak sakit..Masa awal2 sem haritu takde pulak rasa nak demam ke.. sakit ke.. Agaknye terlebih makan KUIH RAYA kot. tu lah jadi camnie.. hehehe! 

TAPI.. BILA ANDA RASA TENSION ATAU STRESS, APA YANG ANDA AKAN BUAT??

Nak tau ape yang Cik Panda buat?? huhu.. kalau tension.. 

1st - Tak ada cara lain.. selain TIDO.. agak2 dah puas TIDO tu.. bila bukak mata tu, dengan harapan STRESS tu akan hilang.. tapi,  kalau tak hilang jugak tension tuh..  kita PROCEED! 

2nd- Cara kedua! ! Makan dan mengunyah banyak2.. hikhik.. itu keja saya! makan makan dan makan.. ambik !! Kalau tak hilang jugak tension tu.. kita pegi cara ketiga pulak.

3rd- Cuba senyum SENDIRI.. hahaha! biar orang kata SAYE ni GILE.. kalau diorang tanye, kenapa ko asek SENYUM nie?? GILA ehh?? Dengan bangganya kita jawablah.. SENYUM TU KAN SEDEKAH?? 

4th- Cara keEmpat!!  kita GELAK pulak.. GELAK puas2.. rasa dah puas gelak tu.. berhenti okay! jangan diteruskan.. nanti PENAT.. PENAT PERUT tu.. cian die..

5th- Kelima, Cik Panda suka kan wane HIJAU .korang lupa ehh.. huhu. okay. kalau STRESS,  kita tengok lah benda2 wane HIJAU.. sejukkan hati ni sedikit! heeee..

6th- kalau tak berjaya jugak.. Ibah akan kuar umah.. merayap kejap mana2.. tawaf lah mana2 yang patut.. huhu.. agak2 dah penat.. balik lah umah yek.. x geti2 ke.. kang riso pulak Mama Abah kita kat umah tu.. Anak perempuan die dah lah tinggal SORANG niee..huhu

7th - .. kalau rasa mmg betul aku tak boleh hilangkan STRESS ni jugak.... kita pegi lah cari KAWAN2 kita.. especially, SAHABAT kite.. Luah pada mereka2 nie.. time tu lah ko nak nangis ke.. Nangis lah puas2.. lagi bagus nangis sama2..
Si Comel kita :)

p/s: bila dah peluk PANDA tu.. mesti TETIDO.. bila bangun pagi da ta TENSION daaa.. =)

Sunday, 4 September 2011

5 Syawal | Al-Fatihah buat Noor Aisyah Binti A.Latif

Assalamualaikum..

Abah kata, dulu akak sakit.. sakit yang tak dapat kita rasa.. sekarang akak dah tenang di sana... Kami merindu dirinya.. Arwah kakak yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 Syawal tahun lepas.. tak sangka kan dah genap setahun akak pergi.. terasa dia ade lagi di sisi kami sekeluarga..
Pagi raya tahun nie. kami semua terasa bila dia tiada.. tapi tahun ni kami semua sekeluarga beraya di Pekan Nenas.. tahun lepas kami beraya di Batu Pahat. di rumah kita.. tu pun permintaan dari arwah.. permintaan terakhir nya.. dimakbulkan Allah S.W.T. 

 
Pagi raya , Tahun 2007 
Kami 5 sekeluarga.. 

 15 September 2010 | bersamaan dengan 5 Syawal 2010 
Akak.. semoga rohmu dicucuri rahmat.. amin.. 


Pagi raya, Tahun 2011
Tahun nie.. kami sekeluarga beraya tanpa dia..  

InsyaAllah.. Ibah balik rumah 15 September 2011 ni..untuk Tahlil arwah kakak genap setahun..

Bicara pasal hati . . .

Assalamualaikum.. 


Kita tak nak cakap banyak.. makin banyak kita cakap. makin banyak kita buat salah.. Baik kita diam kan awak?? :)

Pesanan buat saya dan awak.. <3

" BERIKANLAH HATIMU SEPENUHNYA PADA ALLAH PASTI ALLAH TEMUKANMU DENGAN PEMILIK TERINDAH "

p/s:  Yang selalu jaga hatimu..

Friday, 2 September 2011

Ku Berjanji Kerna Cinta

Assalamualaikum. ^^, 

Cik Panda sukeeee lagu niee.. Boleh ke??  kalau suka Anuar Zain leh tak?? 
ape2 pon. suara dia Cik Panda sukeee saaangat!!


p/s: errr.. kenape aku tetibe jadi jiwang2 nie??
adakah sebab 143 ??  <3

Thursday, 1 September 2011

Raya Ke-4, Hari Jumaat..

Assalamualaikum.. hai semua.. bloggie Cik Panda ;) 
harap semua sihat kan?? 

Sedar x sedar.. hari ni dah hari jumaat.. yang tengah beraya tu.. ingat2 ehh.. hari ni dah hari jumaat.. 
bagi kaum Adam.. ingat2 tau.. jalankan kewajipan anda semua.. Hari ni Cik Panda, terbaca salah satu artikel.. dari SINI . artikel ape tu cik ibah baca?? hurm.. meh sini kita cerita sikit.. 

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

   Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

   Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

   Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

  Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

   Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

    Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

    Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

p/s: petang ni lepas siap kerja MGT 300, ibah ngan mama n abah balik kampung bt.6.. jumpa mak bik!