Followers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 14 September 2011

Hari ini & Kenangan - dari Abg Wan

Assalamualaikum.. 
Hari ni 15 September 2011 genap setahun pemergian kakak ku Noor Aisyah.. 
(kami sekeluarga merinduinya)


Kumulakan Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Hari ini..
Genap setahun pemergian isteriku yg amat ku cintai Noor Aisyah Binti A.Latif, insan yg dipinjamkan Allah SWT kepadaku yg membuat aku lebih kenal erti hidup berkasih sayang. Aku bangga punya isteri yg sebaik insan ini, walaupun perkongsian suka, duka,pahit,manis,sakit,gembira, kecewa & bahagia, susah & senang ini tidak lama tetapi ia amat bermakna padaku. Amat bermakna.

Hari ini...
Kehilangan masih amat dirasai. Terasa seperti baru semalam pemergianmu. Mungkin memang ditakdirkan hidup kami bersama penuh dugaan tetapi setiap dugaan itu penuh hikmah dariNya. Dia seorang insan yg sangat indah di mataku, indah sekali kesabarannya terhadapku, indah sekali gelak tawanya bersama ku, indah sekali semangat yg di tunjukkan padaku (walaupun di hari2 terakhir hidupnya) & indah sekali cintaNya terhadapku. Aku sendiri belum tentu mampu melakukan sepertinya.

Amat pandai mengambil hatiku dengan gurauan...Seorang yg amat manja dan amat disenangi oleh sesiapa sahaja yg mengenalinya. Mudah mesra dan tidak pernah bersangka buruk pada sesiapa pun... Sepanjang ia hidup bersamaku.

Hari ini...
Pasti kan kuziarahi pusaramu, satu-satunya tempat utk ku lepaskan kerinduanku padamu. Ku pohon kepada Allah SWT agar ditemukan dalam mimpiku... Walaupun tanpa suara, walaupun tanpa gelak ketawa... Cukup buat diriku melepaskan rinduku yg tak bertepi ini.

Hari ini...
Walaupun hari2 yg bakal ku lalui ini tanpa mu, akan ku simpan semangatmu yg kuat itu dalam jiwaku. Walau musim silih berganti, insan datang & pergi, kau tetap cinta yg abadi tersemat dalam jiwaku.

Hari ini...
Aku lebih matang dengan segala dugaan, lebih berani menerima cabaran, lebih berani melakukan perubahan dan ku harap segala pengalaman bersama insan teristimewa ini akan membuat ku lebih matang dalam episod hidup yang bakal ku lalui, lebih dekat dengan penciptaku. Inilah keindahan yg amat kurasakan, lebih dekat dengan yang Maha Esa. Lebih mengerti akan makna hidup ini.

Ya Allah Ya Tuhanku, pintaku hanyalah kebahagiaan buat rohnya disana serta diampunkan segala dosa-dosanya. Semoga rohnya ditempatkan di taman syurga mu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Kita pasti bertemu lagi... Pasti dengan iziNya...
Ku sudahi dengan Al Fatihah. Amin ya rabbal alamin.


p/s : Abang wan.. abang ipar ku, terima kasih sebab pernah bahagia kan arwah akak..abang wan tetap keluarga kami.. walaupun akak dah setahun meninggal kan kita sekeluarga..  

6 comments:

syananoriza said...

kita semua rindu arwah kan . .
ingat dia tiap kali,
sedekahlah al fatihah tiap kali . .
kalu arwah hidup pun dia mesti tak nak kita suma asik nangis pasal dia je kan . .

<3
=')

Noor Adibah said...

Zana : alhamdulillah.. tahlil untuk kak ecah selesai.. untuk setahun pemergian nya.. abg din, hal, abg aril afifudin dtg umah akak.. terima kasih sangat2 kat diorang. sebab dapat sama2 akak tahlil untuk kak ecah ;)

:: mmg best akak kena bahan je dengan sedara kita. dari awal sampai abes majlis.. huhu

Nazatulwanis said...

moga diri mu tabah
ukir kn senyuman walau kepiluan dtg menjengah :) .. ku kirim kn sekalung doa buat insan tercinta ini ..

Noor Adibah said...

Cik Mawar : terima kasih... doakan buat dia ehh..

Ninie said...

Sedihnya...moga kakak dibah berada bersama org2 yg beriman. Emmm...ni abg wan diba yg tulis ke?

Noor Adibah said...

Cik Ninie : terima kasih ea.. amin.. semoga doa2 kawan ibah ni dimakbulkan Allah.. ni abang wan ( abang ipar ibah ) tulis di NOTES (FB) ibah cuma copy dan paste je. kongsi untuk kita semua..

:: kalau kita ada kakak lagi.. kita mesti dapat lagi berkongsi cerita dengan dia.. macam adik2 lain. ade kakak.