Followers

Daisypath Anniversary tickers

Monday 30 January 2012

Novel : Hidup, Cinta, Takdir

Assalamualaikum w.b.t ...

| TIGA kisah berbeza... Namun SATU detinasi yang sama... |
Menarik tak tajuk dia?? 
wahh ! ibah dah abeskan dah baca novel nie semalam.. korang belilah buku nie. serius tak bosan! 

Korang nak tau?? dalam novel nie kebanyakan nya cerita di Langkawi.. Bila baca novel nie, hati ni mula tertarik nak pegi lagi Langkawi.. rasenya last aku pegi Langkawi aku kecik lagi kot..antaranya kat  Pantai Pasir Hitam, Makam Mahsuri, Tasik Dayang Bunting, Pantai Chenang.. wahh banyak lagi lah.. Yang penting novel ni novel yang terbaik aku pernah baca.. Suka sangat <3 


SINOPSIS 3cerita dalam1NOVEL ^^,
( IBAH, BERI KORANG BACA SINOPSIS DIA EH.. )

Nafas Seruling Kaseh - Keajaiban HIDUP
  Nazril adalah seorang lelaki yang telah hilang kepercayaan terhadap apa pun. Siri kejadian malang dalam hidupnya menjadikan dia seorang yang berputus asa dan benci terhadap dunia. Sehinggakan beberapa kali Nazril mencuba untuk mengambil nyawanya sendiri kerana tidak sanggup menanggung penderitaan yang terlalu gah. Namun pertemuan dengan Kaseh, seorang gadis cantik, bijak dan licik telah menggoncang dunia Nazril dan mengubah haluan hatinya. Membuka matanya terhadap keindahan yang masih wujud dalam dunia. Membuatkan dia rasa seperti ingin bernafas semula. Namun Kaseh sebenarnya bukanlah sepertimana yang Nazril sangkakan. Ada sesuatu tentang gadis itu... Pertemuan singkat Nazril dengan Joe dan Ara pula memberikan satu impak yang di luar jangkaan Nazril. Siapa Joe dan Ara?

Yakini Cintaku - Keajaiban CINTA
  Joe dan Ara tak pernah bertemu, tak pernah bercakap, tak pernah melihat muka dan tak mengenali antara satu sama lain. Namun mereka adalah pasangan kekasih yang paling utuh di dunia ini. Joe mencintai Ara dengan sepenuh hatinya. Ara mencintai Hoe dengan segenap jiwanya. Setiap detik mereka sentiasa ada bersama. Adakah mungkin? Dua insan yang terpisah jauh dan tidak pernah wujud sebarang bentuk komunikasi di antara keduanya, boleh menyakini yang cinta itu ada untuk mereka dan sering menanti penuh setia. Inilah keyakinan cinta yang anda belum pernah lihat atau dengar. Namun ianya wujud... Bagaimanapun, setiap kisah cinta tentu ada liku-likunya. Kehadiran Najla membuatkan kesetiaan Joe terbelah dua. Siapakah Najla? Kenapa dia begitu penting buat Joe?

Gadis Di Tepi Pintu - Keajaiban TAKDIR
  Najla seorang gadis yang tidak punya apa-apa. Tiada harta, tiada cinta, tiada masa depan. Namun dialah gadis yang paling bahagia. Kerana satu perkara dia ada, iaitu kepercayaan terhadap ketentuan dari penciptanya. Dia juga percaya, tuhan sayang pada insan yang setia sepertinya. Tidak pernah lekang dengan doa dan kesyukuran, tidak pernah marah atau merungut pada sesiapa walaupun hidupnya sering dirudung malang. Kerana Najla tahu, bagi insan yang sabar dan beriman, tentu ada keindahan yang menantinya dihadapan. Apabila takdir mengorak langkah, dengan cara yang begitu unik dan indah...

Dalam novel ni jugak, bukan hanya cerita je tapi ade puisi.. wah!! jap2!  nie haa. korang baca ye. . 

Degup, 
Hanya itu di telinga, 
Hanya itu yang ku rasa, 
Hanya degup, 
Makin lama makin menggila, 
Makin lama makin menyiksa, 

Degup, 
Selama ini memang di dalamku,
Namun malam ini menguasaiku,
Hanya degup, 
Yang setia menghitung masa,
Mentara kita berjumpa, 

Degup ini, 
Meski tak terkira bilangnya, 
Tiap satu hanya untuk dia, 

Degup, 
Teruskanlah temaniku, 
Hingga sampai waktu, 
Bila kami bertemu, 
Teruskanlah berdegup, 
Jangan henti berdegup,
Kerana selagi aku bernyawa,
Degup jantungku akan membawaku kepadanya. 

   Dahh ! heeee.. time nie aku baca.. serius aku suka sangat ! ehhehe.. pandaI penulis novel nie buat aku membaca dan terus membaca .. tanpa aku bosan! hehe.. Terima kasih Isma Fa Ismail ... Saya suka sangat Novel  HIDUP, CINTA, TAKDIR.. Novel nie jugak buat ibah terfikir.. cinta tu memang indah.. dan novel ni jugak mengajar ibah jika sesuatu berlaku ia nya dah tertulis dalam takdir hidup kita ..

" Kalau cinta itu benar. Ia akan mencari jalan untuk bersama kau. Walau dengan apa cara sekalipun. Tak kiralah dalam bentuk apa sekalipun. Kau akan menemui cinta. Janganlah bersedih.. Yang lebih penting lagi janganlah berpaling dari cinta. Teruskanlah mencintai. Sebab cinta itu mengalir dalam diri kau.. Kau takkan dapat buang sampai bila-bila."


22 comments:

Aini Amanina said...

" Kalau cinta itu benar. Ia akan mencari jalan untuk bersama kau. Walau dengan apa cara sekalipun. Tak kiralah dalam bentuk apa sekalipun. Kau akan menemui cinta. Janganlah bersedih.. Yang lebih penting lagi janganlah berpaling dari cinta. Teruskanlah mencintai. Sebab cinta itu mengalir dalam diri kau.. Kau takkan dapat buang sampai bila-bila."

Itu bukan ke ayat ibah bagi kat nina semalam tu ke? Terkejut nina ohh.. Tetiba send msg cmtu kat nina. Sejak bila ibah pandai jiwang2 nie? Haha!

p/s: sorry.. nina ade pendapat lain tentang cinta. ;p

ank mak siti said...

wah2 nie tajuk die upenyer "Hidup, Cinta, Takdir".. kte igt tjuk tuh dlm stu ayt.. 2yg plik..

untglar awk, da pndai jiwang sana sini dah.. huhu..

p/s: errr, ag best cter yg smlm kte tgok.. smpai kebintg kte mmpi smlm.. haha..

Noor Adibah said...

Nina : errr.. yang tu bukan pendapat ibah tentang CINTA. ni ayat dalam NOVEL niee.. ibah memang tak pandai jiwang2 ni. GELI laa u ollsss.. HAHA! err.. kantoi plak..

# ape nina nye pendapat ttg cinta?

Noor Adibah said...

Awak <3 : hehe.. mane ade kita jiwang. buku ni lah yang jiwang. awak nieeee... ehehe..

p/s: ye la kan.. untung la dia.. tgk citer sampai bawak kemimpi pulak.. hushoo. sampai bintang ye wak?? huhu <3 mimpi awak tu ade kite tak?

ank mak siti said...

haha.. xjiwang? errr, org suke bce novel cinta nie xleyh pgil jiwang kewh? glenyar nok mapuh ar eh.. hehe..

utg?HAHA.. mympah ade lar.. tpi certain part ade yg klako tu yg nk sgt tgok tuh..

AMRI OTHMAN said...

wah...sekarang..bercintan-cintun lak ye..
#maggi cintan satu!
*tak memasal..hahahaha

Noor Adibah said...

AWAK! : errr. SENGAL! okeh fine.. kite glenyar nak mapuh ehh.. eleh.. glenyar3 pong. makwe sape ekk..

# abestu awak nak bagi bape bintang untuk citer tu? Awesome tak?

Noor Adibah said...

awie : HAHA.. erkk.. ape ? awie nak pinjam ehh novel ibah nie? kejap2.. ibah bagi. nahh... amek nie.. huhu..

* ibah takde megi cintan. megi pama ade lah.. nak kee?? HAHAHA! wek..

P/S: AWIE, nanti awie banje ibah pegi LANGKAWI!! huu.. ibah nak pegi arrrr.. ( lagi best, kalau awie banje untuk bulan madu ibah nanti.. ) HAHA!

AMRI OTHMAN said...

krik2...
tak nak lah....
nak stdy lagi bagus... ^_^

Noor Adibah said...

awie: okay. taknak sudah. tak paksa pong!

* asek krik2 je.. takde bunyi lain ke?? bosan laaa.. huhu..

Cik Tetra said...

best eh novel ni! wahhh..boleh pinjam nie..hikhik..novel 7 HARI MENCINTAIKU pon best! try la bace..awesome..nak cari laki nama khuzairi laaa.. <3

AMRI OTHMAN said...

hahaha,,bia la trademark org... (versi sukahati)

Noor Adibah said...

Waeda : best! hehe. awak nak pinjam eh! boleh. awak bagi dulu novel 7 HARI MENCINTAIKU kat ibah. baru ibah bagi novel ni kat awak. haha!

# eleh, nak cari laki nama khuzairi eh? mesti nama hero dalam novel awak cakap tu khuzairi kan? err, kalau hero tu nama Mohammad awak nakcari lah laki nama mohammad tu?? hehe

Noor Adibah said...

awie : HEHE. macam tu pulak eh. okay. awie punya trademark. suka hati lah. . kan. C(:

AMRI OTHMAN said...

HHAHAHAHA!
tau takpe...sama je macam waeda! :P
kbye!

Zu said...

Aihsemen. Macam teringin nak baca pulak novel ni. Walaupun bukan kaki novel.

*mood tengah jiwang memang nak layan jiwang2 je kita ni. Heeee.

Cik Tetra said...

kite takde novel tu..tu adik kite nye..heeee..

#yup2..kalau hero dia nama mohammad kite cari org nama mohammad..and kalau hero dia name lee min ho..kite cari lee min ho lahh..haha kbye!

Noor Adibah said...

Awie : sama macam waeda? otoke.. haha..mana sama. die tinggi sikit dari ibah. ibah rendah sikit dari die. mana sama tu.. lalala..

Noor Adibah said...

Yai: bacalah.. gerenti x bosan . serius.. hehe..

* ooohh.. mood tengah jiwang ye.. ehem2.. pandai jugak berjiwang2 ehh yai ni..

Noor Adibah said...

waeda: huhu.. ibah ingat waeda ade novel tu. takpelah. ..

# haha.. ohh, macam gitu ehh. baru tau.

Anonymous said...

Salam buat pemilik blog. Saya Ismi Fa Ismail, penulis novel HIDUP CINTA TAKDIR. Saya nak ucapkan terima kasih sbb memberikan komen yg sgt best ttg novel ni. Jadi sbgai tanda penghargaan. Saya nak hadiahkan novel terbaru saya yg bertajuk CINTA Out of This World. Tlg email kpd saya nama penuh, nombor telefon dan alamat utk sy poskan novel tu. Ini email saya.
ismifaismail@yahoo.com

Terima kasih byk2... ;D

Noor Adibah said...

Ismi Fa Ismail : wahhh! tak sangka penulis novel sendiri bagi komen kat blog saya ! :)

sama - sama, wahh! siap ade hadiah untuk saya??? terima kasih.. sangat2.. ^^,