Followers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 21 June 2011

Derita dia.. tidak siapa tahu...

Assalamualaikum.. 

Hari tu..kita bukak TV9 Rancangan Nasi Lemak Kopi O. aritu, Mama dengan ibah pagi2 lagi dah siapkan sarapan untuk kami semua.. tapi,  air mata ni tetibe mengalir. tak tahu kenape.. ibah tak sanggup lihat adik kecil yang bernama Radiatul Qaisara menanggung sakit " Barah Darah" ataupun dalam bahasa medikal nya "Acute Lymphoblastic Leukemia" . Sekecil umur 3 tahun adik Qaisara telah menjalani pelbagai prosedur seperti kemoterapi (seumur hidup) dan pengambilan air sum-sum tulang belakang... Ya Allah, begitu kuat adik kecil nie menanggung semua tu. Tabah nya dia.. bagaimana perasaan ibubapa adik ni.. kos rawatan dia mmg mahal. . Ayah kepada adik Qaisara ni hanya lah penoreh getah. dan jumlah setiap rawatan kimoterapi adalah  RM 1200.. kos rawatan tu sangat mahal.. tapi ayah kepada adik ni tetap berusaha apa sahaja demi Qaisara.. ibah harap.. Keluarga adik Qaisara diberikan semangat oleh Allah.. diberikan ketabahan..
Adik Radiatul Qaisara yang berumur 3 tahun.
Dahulu, arwah kakak ... dia juga salah seorang pesakit  leukemia .. akak yang menghidap "acute leukemia".  leukemia jenis ini beri kesan yang drastik kepada arwah kakak. sampai kan kami, tak dapat kesan penyakit akak tu.. Ibah ingat lagi bulan 7, tahun lepas. abah dan mama selalu berulang alik dari Batu Pahat ke Johor Bahru..semata mata melawat akak yang sakit.. masa tu, ibah dapat tengok muka arwah akak.. bila doktor mengesahkan yang akak sakit Leukemia..ya Allah.. ibah tak nak tengok akak sedih.. ibah tahu yang akak cuba nak tahan rasa sedih.. Mama dan Abah, yang duduk di tepi katil akak. selalu memberi semangat untuk dia.. tapi, sakit yang ditanggungnya.. kami tak dapat bayangkan.. akak.. akak mmg tabah.. cuma.. Allah lebih sayangkan akak.. akak, kembali ke rahmatullah pada 15 September 2010.. ibah .. mama , abah dan jugak abang selalu buat yang terbaik demi akak.. kalau boleh biarlah ibah dapat kongsi sakit akak tu.. biar ibah rasa macam mana akak rasa.. biarlah akak sihat..

Dulu.. ibah yakin. yakin akak akan hidup. akak akan terus bersemangat untuk hidup.. Akak, sampai sekarang ibah ingat kata kata akak.. last word.. akak cakap. "Adik. akak dah besar dah kan?? " 
akak.. hehe. akak boleh pulak buat lawak dengan ibah kan?? mestilah ibah dah besar. tak kan ibah budak2 kecik lagi.. kan?? akak. ibah nak cakap nie. tahun nie. ibah tak dapat dengar suara akak lagi. suara akak menyanyi kan lagu HAPPY BIRTHDAY untuk ibah.. tahun lepas ibah x dapat sambut dengan akak.. akak cuma ucap melalui handphone je.. tapi x pe.. itu semua kenangan yang ibah x dapat lupakan. sampai bila2. ibah simpan baik2 .. ;) 

: : ibah harap.. ibah dapat jumpa akak dalam mimpi ibah lagi.. buat hari istimewa ibah.. ibah nak sambut dengan keluarga kita..kalau boleh.. kan? tapi ibah x boleh sambut dengan mama n abah. sebab ibah ade dekat u... ;( 

5 comments:

Aini Amanina said...

kita dapat bertahan dgn kesakitan tu apabila kita tahu semua org yg kita sayang n menyayangi kita sentiasa di sisi kita. bg semangat kat kita. :)

al-fatihah buat akak ibah. walau ape pun jadi, setiap pertemuan, tetap akan ade perpisahan. hanya tuhan yg tahu samada perpisahan tu berlaku di dunia atau kematian sebagai penyebab.

ibah tabah. ya.. ibah dah kehilangan akak tersayang. tapi masih mampu gelak ketawa mcm dulu. Nina salute ibah. Nina sayang ibah.

Buat adik tu, penyakit dia tu akan buat dia ke syurga. Insyaallah..

Noor Adibah said...

Na : eh2. na dah bukak balik Blog ^^,

semangat .. itu yg ibah harap kan. tapi kadang2 semangat tu tibe 2 mati. ibah paham maksud nina.

Ibah tabah pun sebab ade nina. ade kawan2. ada family ibah lagi. ;) ade orang tersayang . maceh naa. <3

Adik tu.. mmg tabah.. ibah suka tengok die.. tapi die kecik lagi.. tak sepatotnya dia sakit macam tu.

Aini Amanina said...

Dah.. Ibah n din suruh nina bukak blog. Nina bukak lh. Tapi private kan dulu.

Semangat tu boleh datang dan pergi ibah. Macam tu jugak dengan orang. Semua kat dunia nie tak kekal.

Pasal adik tu, semua kerja Allah, ibah. Dia tahu ape yang terbaik. Kita cuma berdoa je.

Noor Adibah said...

;) bukak lah balik..

kalau lah semua tu boleh terus kekal di sisi kita.. kan bahagia kita.

Hemm.. insyaAllah. doakan untuk dia.. semoga dia terus bersemangat untuk hidup. cuma cara hidup die tak macam kita yang normal ni..

Aini Amanina said...

Kita pun akan pergi ibah. Ingat tu.