Followers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 24 January 2011

Wah... Cantiknya lelaki, Hebat nya wanita...

ERM.. HARI NIE IBAHPANDA NAK CITER SIKET.. MARI LAH KITA PIKIR2 KAN.. 
NIE PON IBAH BRU DAPAT TAHU DARI SUMBER2 YG TERTENTU..HEEE..

Nak tahu di mana kecantikan lelaki??
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal je tau tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???
 Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan je., tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


2 comments:

fara_farez89 said...

waaaa akak suke bce yg kecantekn lelki tu mcm cipi2 kena da ngan abg akak...kahkahkahkah

Noor Adibah said...

Kak fara: ehehe.. abang akak?? pakwe akak eh?? huhu sape die kak?