Followers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 8 February 2012

Terasa Hati . .

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused. Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa? Then I asked my Abah what’s that mean.

Abah : Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar daripada dosa dia.

Adik : Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Abah : Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Adik : *blur =_=''

Abah : Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Adik : Ooooooo... Ook...

Abah : Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Adik : *termakan cili

So, the conclusion is. Jangan mudah terasa hati. Maknanya kita tak redha dengan Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita. Na’uzubillah.


p/s : berjanji untuk tidak TERASA HATI lagi!  Hanya Biasa . . 

3 comments:

Cik Tetra said...

okayyy..saya dengar nasihat u olls..btw saya bukan orang yang CEPAT terasa..im cool bebeh! hahaha :D

sea_lavender said...

sgt mudah terasa hati tapi ble da bce entry ni terus berazam tak nk mudah terasa hati kerana ibarat tidak redha kurniaan Allah... =(

ank mak siti said...

btul tuh ckp abah awk..
ibarat mcm xbsyukur dgn ape yg Allah kurniakan pada kte..
awk kuatkn smangat, tabah n sabar tuk lalui dugaan yg dtg nyer bkn dri org semata2, tp dri Allah..
adalh baik jge sifat mmntingkan diri nie, tp igt org len ade prasaan.. utma kn diri kte dahulu okeyh..

p/s: GOODLUCK for ur Exam okeyh..