Assalamualaikum w.b.t ...
| TIGA kisah berbeza... Namun SATU detinasi yang sama... |
Menarik tak tajuk dia??
wahh ! ibah dah abeskan dah baca novel nie semalam.. korang belilah buku nie. serius tak bosan!
Korang nak tau?? dalam novel nie kebanyakan nya cerita di Langkawi.. Bila baca novel nie, hati ni mula tertarik nak pegi lagi Langkawi.. rasenya last aku pegi Langkawi aku kecik lagi kot..antaranya kat Pantai Pasir Hitam, Makam Mahsuri, Tasik Dayang Bunting, Pantai Chenang.. wahh banyak lagi lah.. Yang penting novel ni novel yang terbaik aku pernah baca.. Suka sangat <3
SINOPSIS 3cerita dalam1NOVEL ^^,
( IBAH, BERI KORANG BACA SINOPSIS DIA EH.. )
( IBAH, BERI KORANG BACA SINOPSIS DIA EH.. )
Nafas Seruling Kaseh - Keajaiban HIDUP
Nazril adalah seorang lelaki yang telah hilang kepercayaan terhadap apa pun. Siri kejadian malang dalam hidupnya menjadikan dia seorang yang berputus asa dan benci terhadap dunia. Sehinggakan beberapa kali Nazril mencuba untuk mengambil nyawanya sendiri kerana tidak sanggup menanggung penderitaan yang terlalu gah. Namun pertemuan dengan Kaseh, seorang gadis cantik, bijak dan licik telah menggoncang dunia Nazril dan mengubah haluan hatinya. Membuka matanya terhadap keindahan yang masih wujud dalam dunia. Membuatkan dia rasa seperti ingin bernafas semula. Namun Kaseh sebenarnya bukanlah sepertimana yang Nazril sangkakan. Ada sesuatu tentang gadis itu... Pertemuan singkat Nazril dengan Joe dan Ara pula memberikan satu impak yang di luar jangkaan Nazril. Siapa Joe dan Ara?
Yakini Cintaku - Keajaiban CINTA
Joe dan Ara tak pernah bertemu, tak pernah bercakap, tak pernah melihat muka dan tak mengenali antara satu sama lain. Namun mereka adalah pasangan kekasih yang paling utuh di dunia ini. Joe mencintai Ara dengan sepenuh hatinya. Ara mencintai Hoe dengan segenap jiwanya. Setiap detik mereka sentiasa ada bersama. Adakah mungkin? Dua insan yang terpisah jauh dan tidak pernah wujud sebarang bentuk komunikasi di antara keduanya, boleh menyakini yang cinta itu ada untuk mereka dan sering menanti penuh setia. Inilah keyakinan cinta yang anda belum pernah lihat atau dengar. Namun ianya wujud... Bagaimanapun, setiap kisah cinta tentu ada liku-likunya. Kehadiran Najla membuatkan kesetiaan Joe terbelah dua. Siapakah Najla? Kenapa dia begitu penting buat Joe?
Gadis Di Tepi Pintu - Keajaiban TAKDIR
Najla seorang gadis yang tidak punya apa-apa. Tiada harta, tiada cinta, tiada masa depan. Namun dialah gadis yang paling bahagia. Kerana satu perkara dia ada, iaitu kepercayaan terhadap ketentuan dari penciptanya. Dia juga percaya, tuhan sayang pada insan yang setia sepertinya. Tidak pernah lekang dengan doa dan kesyukuran, tidak pernah marah atau merungut pada sesiapa walaupun hidupnya sering dirudung malang. Kerana Najla tahu, bagi insan yang sabar dan beriman, tentu ada keindahan yang menantinya dihadapan. Apabila takdir mengorak langkah, dengan cara yang begitu unik dan indah...
Dalam novel ni jugak, bukan hanya cerita je tapi ade puisi.. wah!! jap2! nie haa. korang baca ye. .
Degup,
Hanya itu di telinga,
Hanya itu yang ku rasa,
Hanya degup,
Makin lama makin menggila,
Makin lama makin menyiksa,
Degup,
Selama ini memang di dalamku,
Namun malam ini menguasaiku,
Hanya degup,
Yang setia menghitung masa,
Mentara kita berjumpa,
Degup ini,
Meski tak terkira bilangnya,
Tiap satu hanya untuk dia,
Degup,
Teruskanlah temaniku,
Hingga sampai waktu,
Bila kami bertemu,
Teruskanlah berdegup,
Jangan henti berdegup,
Kerana selagi aku bernyawa,
Degup jantungku akan membawaku kepadanya.
Dahh ! heeee.. time nie aku baca.. serius aku suka sangat ! ehhehe.. pandaI penulis novel nie buat aku membaca dan terus membaca .. tanpa aku bosan! hehe.. Terima kasih Isma Fa Ismail ... Saya suka sangat Novel HIDUP, CINTA, TAKDIR.. Novel nie jugak buat ibah terfikir.. cinta tu memang indah.. dan novel ni jugak mengajar ibah jika sesuatu berlaku ia nya dah tertulis dalam takdir hidup kita ..
" Kalau cinta itu benar. Ia akan mencari jalan untuk bersama kau. Walau dengan apa cara sekalipun. Tak kiralah dalam bentuk apa sekalipun. Kau akan menemui cinta. Janganlah bersedih.. Yang lebih penting lagi janganlah berpaling dari cinta. Teruskanlah mencintai. Sebab cinta itu mengalir dalam diri kau.. Kau takkan dapat buang sampai bila-bila."