السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله هيرهمانيلرحيمSemalam dalam perjalanan aku balik batu pahat, abah ade cakap kat aku:
adik berdoa lah pada Allah.. adik doa supaya adik dilindungi Allah, sihatkan lah tubuh badan.. dilindungi daripada sebarang penyakit, doakan abah dan mama panjang umur selalu.. dan dipermudahkan segala urusan adik dalam pelajaran.. Allah dengar doa kita.. Kita jangan doa hanya sekali.. kita doa bnyk kali.. x apa.. sekali doa mmg lah x dapat.. InsyaAllah bnyk kali ibah berdoa.. Allah pasti kabulkan permintaan dan doa kita.. Allah Maha Mengetahui dan Maha Pengasih..
Jaga solat kita.. Macam abah cakap, solat tu penting.. solat kan tiang agama kita.. =)) adik jangan sesekali tinggal solat yer.
itu pesan abah pada ibah.. InsyaAllah abah. ibah ingat pesanan abah..
Setiap doa ibah.. ibah titip kan doa kesejahteraan pada Mama dan abah..
Terima kasih bnyak kerana menjaga ibah sejak ibah lahir sampai sekarang..
Sejak ibah lahir, ibah bnyk susahkan mama n abah.. ibah sakit.. mama bnyk berkorban utk sembuh kan penyakit ibah.. abah pon, susah payah cari ubat utk ibah sembuh.. buktinya. ibah dah sihat sekarang.. terima kasih banyak pada Abah dan Mama..
Teringat pulak masa Abah bersusah payah mencari ubat utk arwah akak.. Abah ulang alik dari Batu Pahat ke Jb semata-mata nak tengok akak kat Hospital.. Ibah tau Abah ngan Mama sygkan akak sngat kan??
tapi apa kan daya kita.. Allah lebih menyayangi Akak..
Kasih ibu membawa ke syurga, Kasih ayah membawa bahagia..
"Sayangilah ibu dan ayah selagi mereka masih ada. Baliklah selalu untuk menjenguk dan berjumpa mereka. Jangan sampai mereka sudah tiada baru keinginan itu timbul. Waktu itu semuanya sudah terlambat. hendak menyesal pun tiada gunanya."
1 comment:
Nak nangis nina baca post ibah nie.. T.T
Post a Comment