Followers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 25 August 2012

What we did during Hari Raya '12 .

Assalamualaikum w.b.t ..

Alhamdulillah, akhirnya dapat la ibah menulis di dalam diari secara online ini . ya allah, terima kasih sebab berikan ibah waktu untuk menulis. Sebenarnya dah lama nak tulis, tapi tak tertulis. kesiaann kan. blog ibah ni dah lama dah x bersentuh oleh tuan die ni.. huu.. kalau lah manusia.. dah lama die merajuk kan? 

Sebelum balik pekan nenas, sebelum raya aritu.
. Mama abah dan ibah sempat menziarah pusara kakak . 
gambar ni ibah akan simpan sekiranya ibah rindu kan akak .. 
al -fatihah buat Noor Aisyah Binti A. Latif. 
Syawal Ke - Enam 2012 genap dah 2 tahun kakak pergi. 

Dan Hari raya tahun ini, tambah lah seorang . kakak ipar ibah sempat beraya bersama kami :) 

ibah dah lama tak update.. ni yang banyak sangat nak bercerita sampai tak tau nak tulis ape.. aish.. dalam keta aritu dah terpikir dah nak tulis ape.. ni dah depan lappy tak tau nak tulis ape.. 


okeh. hampir telupa, kalau hari raya, keluarga ibah mesti buat bende alah ini. haa, kalau yang dah tau taulahh. ini namanya BURASAK :)  fyi, ibah sebenarnya ade kacukan bugis. Abah yang bugis, ibah tumpang je darah die. hehe. Mama pulak darah jawa + melayu. jadi, bile dicampurkan ibah ade BUGIS, JAWA, dan MELAYU lahh. hehe.. ohsem :D 

Raya tahun ini, ntah kenape ibah rasa tak lengkap. mungkin sebab Syonon takde -.- 
takpelah syonon, insyaallah dibot dan syonon beraya bersama ye tahun depan.. 


Buat waeda, terima kasih awak. sebab selalu ingat ibah.. kite pon rindu awak. awak , sekiranya kite tak sms awak. awak jngan amek hati tau.. tak semestinya kita tak sms awak. kita tak ingat awak. tak sayang awak. ye. ye :D 

Buat Syana noriza, akak sayang zana! :) miss u a lot ! Allah je tahu . akak sayang zana banyak mana.. 

Buat si dia, kita sayang awak kerana Allah juga .. awak, moga2 raya kali ni penuh makna buat family awak dan buat family kita. Halalkan makan minum kita . sekiranya kite termakan terminum ape yang awak belanja untuk kita selama ni.. 
 sebenarnya kita rindu awak. #EH. hee. sory ..  Lots of love from ibah awak :) 



P/s: ibah tak pernah lupakan kawan-kawan yang hadir dalam hidup ibah setiap saat.
 bagi yang membaca. ibah sedang merindukan awak semua :')    
buat kawan yang berusaha melupakan ibah,  ibah selalu berusaha membaiki hubungan kita. 
Allah je yang tahu perasaan ibah sekarang ni. 

ALHAMDULILLAH.. Allah sedang memberi kasih sayang kepada keluarga ku . 
T  E  R  I  M  A       K  A  S  I  H 
Y A    A L L A H ...


Monday, 23 July 2012

Dan kerana Tuhanmu, Bersabarlah.

Assalamualaikum w.b.t ...


Ya Allah, ibah bersyukur sangat, 
sebab setiap pagi ibah bangun , ibah dapat melihat dunia lagi. 

Ya Allah, yang maha pengasih ..
setiap hari ku berdoa kepadaMU. sihat kan lahh Abah dan Mama.
hanya kepada Mu ibah minta pertolongan.. 
tiada yang abadi . selain kasih mama dan abah.. 


ku hadiahkan al - fatihah. buat satu satunya insan yang ibah sayang , Noor Aisyah Binti A. Latif.



p/s: kakak.. ibah rindu akak sekarang ni :'(

Saturday, 21 July 2012

Majlis Persandingan Azhar dan Nadiah - Part 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :) 

---- Sambungan dari ENTRY Majlis Persandingan Azhar & Nadiah Part 1 ------


 Abah sibuk melayan tetamu yang hadir.  
Terima kasih Datuk Ariss ( Dun Semerah ) sebab sudi hadir memeriahkan lagi majlis kami sekeluarga.

------

hehe. ada salah seorang bloggers ni ada hati nak jadi STALKER kak ibah kan.. haa.. ameekkk niii 



tiup lahh... tiup kiri tiup kanan. haha. pastu urut la dada tu ehh.. ingat die terlepas lahh. haha.


ini kawan kawan saya :')  ade datang dari JB dan dari Segamat.. okay terharu.. hee..
Tengs korang sebab sama2 dengan ibah.. buat kawan2 yang tak dapat dtg. ibah faham.. hehe. dun worry.
Tak majuk pun *RULES. oke saya ingat RULES. hehe

Mak Awe dan Mak adib datang dari Pekan Nenas, ke majlis abang ibah. 
rindu mereka ni. mereka lah yang jaga ibah masa kecik2 dulu.. hehe.. 

ini Candy corner :)  cun kan .  
 dah ramai pulak yang makan gula2 ni. huhu dari budak kecik sampai la orang tua.

hehe. ini lahh Guestbook corner kami. cantik dan cun kan? heheh. ade yang amek gambar meja guestbook kiteorang ni.. btw, Wahidah yang hias, dekdah dan hanim pon ade tolong jugak. 

Ini mak nai saya, dari Desa Rahmat, JB. 

Mak bik pon tak nak ketinggalan memberi ucapan dalam guestbook :) hehe

ramai kan yang yg buat ucapan. huhu.. tenkiu semua.. 

okay. ini keluarga besar mak uda non dari JB jugak . heee.. 

terima kasih sebab hadir :)




oke. kami hijau kan kan kan?? hehehe.. tema keluarga pengantin lelaki memang warna Hijau. hee!

kek pengantin diberi kepada tetamu semua :)
masa ni dah tak ramai tetamu. huhu..






----------------






P/s: Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu dan bersama sama keluarga kami untuk majlis abang saya ni .. gambar2 yang tak dapat diletak kan di blog My Diaries Panda jangan lah kecik hati . eh . eh . hehe.. 

ibah nak mengambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
kepada semua bloggers dan pembaca blog ibah ni.. 
Semoga kita dapat menunaikan ibadah dengan sabar dan sempurna ye.. 
Assalamualaikum ...

------

T  A  M  A  T

Wednesday, 18 July 2012

Majlis Persandingan Azhar dan Nadiah - Part 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

 ------ Malam 6 Julai 2012 ------

Malam Sabtu tu kami sekeluarga memang berkampung terus di  Dewan Terminal Feri Minyak Beku tu . Sebab malam tu Abah dan Mama buat tahlil kecil-kecilan kat situ, sementara yang lain saudara mara semua kat dalam dewan semua nya sibuk menyiapkan door gift abang. huhu.. 

Waeda, thanks sebab awak dan dekda hadir time abang kita kawen :) 


Mereka sampai2 je terus buat kerja masing-masing. ohh, ohsem lahh kawan-kawan aku ni kan? 
ehehe.. nampak tak muka waeda time nie? kemain khusyuk buat kerja.
Waeda yang buat semua hiasan untuk meja Guestbook abang dan kak nad. 
Ibah cuma buat preparation sikit2 je.
Guestbook pun dia taja oleh dia kot.. thanks sesangat kat awak. cakap kat mak ayah awak terima ksih ehh :)


 huhu .. alahaii, nampak tak? muka dekda baru bangun tido? wuuu.. kesian waeda ngan dekda. baru balik kerja terus pergi Batu Pahat.. penatt ye kengkawan sekalian?? diorang ni dari JB kalau korang nak tau.

Gambar ni aku asek nak fokus kat muke SYONON je ! heh tak tau kenape? huhu

Okay, disebabkan dewan tu dekat dengan pantai. kiteorang pegi lah amek gambar kan. huhu. Malam tu semua ada. seronok lahh jugak kan. ade sedara mara, kawan-kawan. Buat kawan2 yang tak dapat hadir. ibah faham.. korang sibuk, ada yang kerja kan? hehe.

Malam tu, Hal, Hanim dan Aril pegi mana ntah. diorang round2 satu Batu pahat agaknye. 
Ibah, din, waeda dan dekda ape lagi. lepas siap2 buat kerja siapkan meja guestbook.. kiteorang lenyapkan diri kejap. huhu..

p/s: pssttt.. ade orang tu tak leh tido malam tu sebab nak datang Batu Pahat kan? dah la orang tu tak tido 24jam. nampakkk lahh mata pun macam panda kan? hehe.

---------------------------------------------------------


---- Pada 7 Julai 2012 ( SABTU ) ----


ini hasil tangan Nur Wahidah Mohammad :)

nampak tak punya ramai orang, abah tak sempat nak duduk ha. layan tetamu .

Pakcik Abdul Hadi Siew & Makcik Suriyati  :)
| Mereka adalah besan kepada mama dan abah saya |

 Satu je gambar ibah bersama mama yg dapat ditangkap. huhu .
sebab mama pun busy dok layan orang. hehe.

okeh time ni makin ramai tetamu masuk dalam dewan.

----------------------------------

Bila kite balik semula jenguk dapur, haaa. ini lahh orang kuat dapur kita ni.

terima kasih lahh kepada yang menolong kami sekeluarga. dari pakcik, makcik, saudara mara. kengkawan . semnua lahhh! jasa semua tak dapat kami balas.

haa. nampak tak? huhu. Pakcik Noriza pun kene turun padang! hehe.. mak long dan mak usu pun kene tolak troli ni. angkat pingan mangkuk. wuu.. time ni. .mmg waktu puncak kot. tu yang ramai orang.

huhu. #EH. okay hampir tidak kenal. tenkiu ehh awak sebab tolong mama ngan abah .

Yang pakai topi tu, Pak Long saya ehh . Yang sedang menyenduk lauk2 tu Mak miah dan Pakcik Amat :)

-------------

Okehhhhh... ibah lupa nak letak gambar pengantin. hampir tak ingat! haha.

Jeng.. jeng.. jeng..

hahaha..

ini laahh pengantin kita. dengan tema warna merah u ollsss.. huhu..

haiishhh, pengantin zaman sekarang boleh peace2 ekk? cube orang dulu2 bersanding? mana ade cenggini. semuanya muke serius je ek? tak caye? cube bukak balik album2 mak abah kite?? hehe..
maunyer tak kena marah ngan orang2 tua. hehehe!


Time ni pengantin potong kek ..

okehh . ini tak aci, sebab pengantin makan cupcake ! haha.

Ini pulak meja makan berdamai .

Masa pengantin makan tu siap ada zapin dari pelajar abah

okehh, ini keluarga Abg Rustam dan Kak Azleen :)

Kumpulan silat dari IPG Kampus Tun Hussein Onn :)
anak anak murid abah jugak semua ni.

Ha.. ini dia penari2 zapin kite tadi ha.. amboi.. kite dengar ade salah sorang ni nak ngorat cik abang kita? hehehe.. hah, mana dia.. takdelah gurau jee lah. hikhik..


heh, nampak tak abah ibah ngah wat pe time ni? wuuu~ ibah pun tak tau dia bincang kan ape lahh ni.

Pak Anjang saya menjadi pengacara di depan :) huhu...


eh! okayy, ni budak mana ni? hehehe. ini lahh Farizahanim Musa (Kechik) . haa, cepat2 taip lah nama dia tu mesti jumpe dekat FB. hehehe.. thanks ehh hanim sebab datang majlis abang akak ibah ni ..
dari UiTM Segamat ni ha.. hehe..

Azahari Yahya (Hal) dan Shahril Zaidi Ong ( Awork) . Heee.. korang! tengs jugak sebab daataaang!
:D




P/S: ehem2.. korang... ibah penat lahh .. hahaa. korang tak penat ke amek gambar bebanyak ni?? 
okay. kita benti sampai sini dulu boleh tak? japlagi ibah buat 
entry yang part 2 pulak ehh..