Followers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 17 July 2012

Majlis Pernikahan Azhar dan Nadiah :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera .. 

----  6 Julai 2012 ( JUMAAT ) ----

Tarikh di atas, adalah tarikh yang bersejarah buat abang ibah. satu satunya abang ibah yang ibah ade. dia telah menamatkan zaman bujang dia. waahhh.. abang, tahniah ye :) 

  Mintak maaf lahh sesangat, kite baru nak update entry baru ni. heh heh. sebab gambar2 ni semua dekat ayahman. sekarang baru boleh update semua ! ^^,  kita update satu satu okeh? 

Okay, satu satu ye.  haii, kami rombongan cik kiah . ehh ! huhu

okay.. nampak tak nampak tak? kami semua tengah memegang ape? heheh :) 
itu lahh hantaran dari rombongan pengantin lelaki. 

hee. Ini Muhammad Azhar Bin A. Latif :) Abang kepada Noor Adibah Binti A. Latif 

OKAY. masa ni Mama dan Abah tak ada. Ibah sebagai adik mewakili mama dan abah hantar abang ke rumah kak nad. Mama dan abah masih sibuk uruskan majlis persandingan abang dan kak nad 
di Dewan Terminal Jaya Minyak Beku (Terminal Feri ) pada 7 Julai 2012. 


Time ni aku yang gugup ! korang faham tak?? errr, kalau aku dah gugup. ape lagi abang aku yang duk kat atas kusyen yg empuk  tu.. heee..  

Abang, tarik nafas pepanjang ehh. ibah ade ni tengah tengok abang..


Fuhhh... alhamdulillah.. dengan sekali lafaz, abang telah sah menjadi suami orang. huuu... 
mesti abang dah lega time ni.. wuuuu ~ 

hee. nampak tak muke aku time ni. dahh lega. hee, ape lah yang di cerita wahidah tu. kemainn khusyuk kiteorang dengar. huhu ..

Ini SYONON saya :) heee.. nampak tak muke kiteorang senyum lebor! hehe.

Alhamdulillah.. Nadiah Binti Abdul Hadi Siew. haii kak nad , dia telah sah menjadi isteri kepada abang saya. 
yeayy :) ibah dah ada kakak ipar laa .. huhu.. 

okay, kak nad tengah sign ape tu ehh? huhu. okay ibah tak tahu nak sebut ape. hihi. . 


ini turn abang pulak sign. huhu. ape ehh yg diorang sign ni. surat nikah kot.. hehe. aku duduk tepi cume memerhati je.

Abang pakaikan kak nad gelang tangan :)

Abang dan kak nad :')

Amboiii, kemain mereka ni. hehe.. amek gambar siap nak peace2 kan. k bye! 

Ini pak anjang ibah :) Daud Abdullah. Pak anjang mewakili abah jugak. hehe.

Yang sedang membuat peace tu, Ayahman ibah :) hehe..
kesiann dia takde orang nak amek gambar dia. haa, ni lah satu2 nya gambar yg ade. 

lagi sekali, ape lahhh yang di bualkan kiteorang tuh ha. haha :D 
okehh muka dekda tengak gelak. muka waeda tengah seronok bercerita! hehe. si syonon pulak tengah sengih2. heh! 

Terima kasih kawan-kawan sebab datang dari JB semata-mata teman kan ibah sekeluarga untuk wedding abang kita ni :) lebiuuuu!

 Jemput makan semua :) 
inilahh rombongan pengantin lelaki.. hehe
semua ada. dari adik sedara ke pakcik makcik. kawan-kawan semua ada laah! 

Okay.. kak nad dan abang sempat pegi amek gambar ! Jeles! 
sebab ibah time ni kene bawak balik hantaran ke rumah ! 


P/S: psssttt... nanti ibah update lagi entry yek. sebab banyak nak cerita ni. padahal banyak gambar jew! hehe

Terima Kasih Allah Atas Cinta Ini :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :) 

-----     ------     17 JULAI 2012     ------     -----

Sebenarnya kita tak tahu nak tulis ape ni.. hehe. kita letak balik ape yang kita tulis dalam diari kita untuk awak ye . . dah lama sebenarnya kita simpan. cuma belum post je kat awak. hee ..

--------

Buat awak ;) 

회의 우리는 사랑을 - Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang

사랑이있다면보고해야합니 - Jika cinta satu pasti bertemu

그것은 귀중한 것입니 - Ia tidak ternilai

때문에 우리의 마음 - Kerana antara hati kita

- Tiada antaranya lagi

하나님의 사랑 - Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

우리는 일시적으로 구분됩니 - Kita berpisah hanya sementara

회의 우리 아니므 - Kerana pertemuan bukan milik kita

바디 목소리가 멀리 떨어 - Jasad dan suara berjauhan sentiasa

그러나 영원한 - Namun cinta abadi

실패없이 - Bertemu tidak jemu

신경 분리 - Berpisah tak gelisah

음성 단어 - Tanpa suara dan kata-kata

때문에 우리의 연결의 양심입니 - Kerana penghubung kita adalah suara hati
24 /  6 / 2011 –  di tulis pada pukul 11:07 pagi…


 
Awak… ibah harap.. awak sayang ibah sampai bila2.. ;) sayang awak sangat.. 
yang ikhlas, Noor Adibah A. Latif . kesayangan awak .




Semoga dipanjangkan jodoh antara kami, sehingga ke taman syurga. 
 amin amin ya rabbal'alamin :')



Friday, 13 July 2012

TAHNIAH.

Assalamualaikum :) 

Haii kengkawan ! macam mana semua hari ini?? hari ni ramai yang gembira, bercampur seronok kann? ade yang sampai menangis agaknye. kerana gembira sangat. Hari ini ibah dan kawan2 dah dapat dah result untuk sambung ijazah sarjana muda. Tahniah buat kawan2 yang dapat sambung belajar ye :) 


Jangan ditanya saya dapat mana. heh heh. nampak tak permainan dia kat situu?? 
Mohon korang tengok betul2, UiTM Kampus Segamat. 
okayy.. Segamat lagii... mungkin jodoh saya mmg di segamat kann?? huhuhu



Buat kawan-kawan yang tak dapat sambung degree. takmo laa sedih2.. Allah akan berikan kat awak jugak rezeki tu nanti ehh :') 

   Buat Nina, Tahniahh, nina dapat sama kos dengan ibah. tapi lain nya nina dapat tempat di UiTM kampus bandaraya Melaka . Buat awak, Waeda.. TAHNIAH awakk! awak dapat kos bachelor in Lib Science kat Uitm kampus Puncak Perdana! nanti awak tengok 2 lahh kita kat segamat ehh :')   Buat si dia yang tersayang, TAHNIAH awak, awak dapat UiTM Jengka. wohh.. agak tak jauh lah kan kita SEGAMAT --> JENGKA ?? hehe.. kita harap nanti awak kat sana baik2 je.. nanti study selalu semangat tau. kita harap kita pun kuat :') huuuu....  Buat Haikal (blogger sorang ni dapat unisza yek).. hehe. TAHNIAH tau haikal, akak doakan haikal dapat lah belajar sehabis baik.. :) 

  Tak lupa jugak buat kawan ibah sorang ni, dia dapat lagi UiTM kat melaka ehh. tapi kali ni awak dapat Kampus Bandaraya Melaka kan?? TAHNIAH ehh mira :)  last sekali nak cakap kat kengkawan, Hal, ila, yana, ina, kak ann, hanim, iqa,  dan semualahhh.. korang tahniah ye..




   Dearest SEGAMAT ---> okay, jumpa saya nanti ehh.. nanti aku mesti nak nangis bila jejak kan kaki kat segamat lagi, sebab kat segamat ada kenangan.. :') *kesat-kesat air mata.. 

Tuesday, 3 July 2012

i'ts your birthday ! utk orang yg teristimewa Nur Wahidah Mohammad :)

Assalamualaikum w.b.t  ...

Haii blogers! heh. ibah dah lama tak update belog kan? huhu . erm. sejak menjak ibah gile join segmen dan giveaway dari kawan2 blogers.. sorry la ibah busy dengan persiapan abang ibah nak kawen 7hb julai ni tu yg tak buat entry baruu tu. haha.

tapi hari ni hari special buat kawan ibah sorang ni. . hehe. siapa dia? 
dia kawan se'blog , se'muka buku dan merangkap kawan se'uitm ibah jugak..
 tapii kiteorang ambil bidang lain2. dia amek Diim ibah pulak amek kos banking. memang berbeza. huhu. okeh lahh takmo cite bebanyak.  

----


-----

-------

Awak.. ni video khas buat awak.. harap awak suke.
:)


Awak nak tau tak time kita buat entry ni, tetibe kita rindu nak buat macam - macam dengan awak masa semester akhir .. kita rindu nak makan ayam uncle bob. huhu. awak selalu seru kat twitter ekk, awak kata awak nak makan ayam uncle bob. huhu. nanti kita pegi Uitm Segamat kita cari uncle bob tu eh ! hehe!
*kalau daapat! 

 Rindu nak belajar sama2 dekat bilik study dgn awak. Rindu nak main dengan ‘bunga, mimi awak dan mongji awak’.. ni kan kucing3 yg selalu dengan awak kan.. hehe. kite berdua kan suke sangat main kucing ^^,

yang paling kite tak lupe,kita pernah makan ais krim paddle pop dengan awak.. hehe. serius.. teringat balik dulu -dulu masa kecik selalu makan ais krim tu..

Masa final exam aritu, awak orang yang pernah ajar kite tido lambat! Hehe.  awak tau la kite macam mana. mata ni tahan sekejap je kalau menghadap buku.. pastu  tak tahan nak tido awal. Mata pun macam panda.

kita rindu nak buat jemput-jemput dengan awak lagi. nak bagi geng2 din makan .. hehehe

yang tak boleh blahh tu kita kene bebel dengan awak time kita masak tu. Awak macam mak tiri! K bai!





" Waeda !! Awak kawan kite.. Awak.. teman kite.. awak jugak salah seorang dari keluarga kita" 
Kita sayang awak dan keluarga awak  kerana Allah s.w.t :) 
*moga-moga awak sihat2 selalu eh. .. heee!