Followers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 6 June 2021

Our IUI Journey

Diari ini buat aku jadikan ia sebagai kenangan.  3 September 2016 hari pernikahan kami ❤

Bulan 9 tahun ni genapla usia perkahwinan kami yang ke 5 tahun.


terima kasih abang terima sayang seadanya 

2 tahun lepas aku buat medical checkup dengan gov hospital.. tau kan proses nya mmg lambat sgt. sebab setiap perjumpaan tu ambil masa 4 bulan sekali macam tu. Aku pcos. mana aku tahu? selepas setahun perkahwinan kami, aku baru dapat tau yang aku pcos. ada orang kata aku tak ikhtiar? tak pegi berubat ke? tipulah aku tak ikhtiar dengan suami. dari tahun pertama perkahwinan kami pjj. tahun kedua baru kami tinggal bersama.

selepas tahun ketiga tu aku berusaha utk kurangkan berat badan. entahlah sejak kahwin berat naik menjadi jadi naiknya .. hehe.. itulah keje nya buat kek je kan.. tak jaga makan dan exercise. semakin lama aku belajar tentang pcos. semakin aku faham aku tak boleh stress, jangan ambil karbo berlebihan, ambil banyak protein, dan sayur sayuran. suku suku separuh menu diet aku amalkan sejak setahun lepas. Pcos ni Polycystic ovary syndrome, kami boleh mengandung tapi telur kami banyak kecik dan tak matang. tahun ni aku banyak belajar ttg TVS scan. 

ni la hcg tu kene enjet . nasib baik suami ada tolong enjet 



TVS scan ni Dr akan check follicel (telur) kami  start dari cycle day 10 dan 13. untuk orang yg dah bekahwin lebih dari 4 tahun kami proceed IUI. kami buat keputusan untuk buat IUI di kpj batu pahat. Start hari kedua period Dr beri aku ubat clomid sampai hari ke 6 period 100mg. 
Pada CD 10 follicel belah kiri ada satu saiz 13mm dan dua follicel lagi saiz 9.6mm.
pada CD 13, alhamdulillah follicel belah kiri aku saiz 17.1mm dan 1 saiz 11.1mm 

korang nak tau tak perasaan aku masa tngok telur aku besar? ya Allah suka sgt rasa bersyukur sgt telur aku matang dan sangat sesuai untuk proceed iui.. dalam hati aku tgk telur pun happy. macam mana perasaan perempuan lain tgk baby dalam rahim diorg kan? Ya Allah berilah aku peluang untuk hamil. dan aku selalu berdoa moga Allah tiupkan seorang insan menjadi penghuni rahim aku. aku juga ingin merasai bagaimana menjadi seorang ibu. melahirkan anak untuk suami ku :( ya Allah kabulkan permintaan ku... 

Doktor bgtau CD 14 aku kene cucuk ubat ovidrel(hcg) untuk bantu pecahkan telur. 


Keesokannya aku cek OPK ya Allah aku tak pernah tengok OPK aku terang benderang selama aku trying to conceive. seronoknya hati.. Allahuakbar. haritu aku ingat perut aku rasa kembung sgt (bloated) sakit kepala dan perut rasa tak sedap, aku muntah masa tu.. 

masa jumpa dr esokknya aku tanya dr kenapa saya muntah ya? sebab tu mmg effect sampingan ubat hcg tu. ok aku lega bila dapat tau tu. 


Dr proceed untuk IUI pada CD 16 pada 8.30pagi collect sperm dan pada 10.30pagi tu proses IUI. 

muka berdebar masa ni. Dalam hati penuh dengan harapan moga iui ni berjaya


TIPS UNTUK MATANGKAN TELUR 
Dari hari period pertama aku amalkan susu kambing fresh at least satu botol. Buah kiwi sebiji. Telur separuh masak 2 biji utk breakfast. telur ni aku pilih telur kampung tau.. Alhamdulillah telur cantik saiz 17mm.. 


Masa aku menaip ni sekarang aku DPIUI 7. Dr suruh datang lagi 2 minggu. doktor bekalkan aku ubat duphaston 2 biji satu hari makan. untuk progesterone kuatkan rahim. Doakan kami ya kawan kawan. semoga result minggu depan positive . 





Thursday, 17 October 2013

Rindu

Bismillahirrahmanirrahim...





rindu nya lahai kat diorang ni... 

Last jumpa haritu... entah dah tak ingat dah bile terasa lama betul tak jumpa. macam setahun x jumpa! 

#WeAreBestFriends... 



Perasaan

Bismillahirrahmanirrahim... 

  Kadang - kadang puas diri ni berfikir, nak berubah ke arah sesuatu yang lebih baik... diri ini jahil .. diri ini meraung meminta seseorang mendorong ke arah yang baik.. Melihat wanita yang cantik, bertudung labuh menutup aurat.. ya allah cantiknya dia.. nampak manis :)  teringin nak jadi macam tu.. teringin nak menjadi anak yang solehah.. diri ini tak kuat..

  Ya allah boleh ke aku ke arah itu... Bantulah aku ya allah, kuatkan aku... 

Wednesday, 16 October 2013

Menung

Bismillahirrahmanirrahim... 

 Rasa memang dah lama betul tak bukak blog ni.. ntah kenapa harini terasa nak menaip... Hari ini 17.10.2013... bermaksud mama dan abah berada di tanah suci Makkah dah nak masuk 30 hari..  Ya allah rindunya pada mereka.. mula-mula pikir boleh ke ibah duduk sendiri, berpisah ngan mereka sebulan lebih jugak... ya.. ibah boleh buktikan yg ibah boleh tnggal sendiri.. Mama dan abah.. ibah harap mama dan abah tenang di sana menunaikan ibadah haji.. Ibah di sini hanya mendoakan mama dan abah mendapat haji yg mabrur.. Ameen.. ya rabb... 

  Raya haji kali ni, mmg terasa raya sendiri.. abang beraya di batu pahat sebab beraya di rumah mertuanya.. mama dan abah berada di Makkah.. dan aku di pekan nenas beraya bersama nenek, kak yam, ayahman, anak2 ayahman, dan keluarga pak usu...  kali ni raya haji takda gambar keluarga.. sedih~ 

  Selalunya, pagi raya dah mintak maaf dengan mama dan abah.. peluk cium dia.. tapi kali ni, abah cuma sms ibah.. ucap selamat hari raya.. Ya allah rindu nya... Mama abah cepat la balik... 

Ibah xnak apa2.. ibah nak mama dan abah je.. :'(


yang merinduimu, ibah... 

Friday, 5 July 2013

Lima Julai 2013

Assalamualaikum :) 

Encik Google terima kasih wish kat saya. hehehe

Haii awak awak dan awak yang sempat stalker blog kite.. hehe. hari ini 5 Julai 2013 lah. hari ini genap 22 tahun saya dilahirkan ke dunia ni .. cewah ayat .. hihi, Alhamdulillah Ya Allah! ibah dipanjangkan umur sampai ke hari ini. bersyukur sangat kepada mama dan abah sebab lahirkan ibah beri ibah peluang hidup. in sha allah ibah akan jadi anak yg solehah . amin. 

Terima kasih buat keluarga, kawan-kawan, housemate saya, sahabat saya, dan yang tersayang :) hehehe.. Terima kasih atas ingatan kalian .. ibah faham, masing2 sibuk ada paper final ade yang bz kerja.. ibah terharu sangat kat korang yang wish kat ibah macam2 cara.. ada yang wish di FB, wechat, Watsapp, instagram, twitter, melalui call pun ade siap nyanyi2 kan lagu besday buat ibah kan.. huhu buat ibah terharu nak nangis :') thankss kawan2 ..

Thanks kepada puan norhayati, mama u are the best mama i ever had! Mama beri ibah bear sebesar ibah ni! 
ibah akan sayang bear ni bagaikan menatang minyak yang penuh ye! hihi
Hanis, terima kasih sebab ingat ibah. walaupun sibuk tetap nak hantar kad ucapan ni kan. btw, i love you! miss you! ucapan yang last tu paling tak boleh blah kan! hehehe. *secret taknak bagitau apa ucapan last tu. hahahahah!

Allia :') suka buat kakak2 ni terharu dengan ayat dia tuu.. huhu.. btw, alia thanks sangat2! akak ibah dan kak waeda sayang alia sangat. *thanks sebab wish hepi belated besday yang ke 21 tu eh! hehehe kelakar la alia ni boleh dia wish besday yang tahun lepas punya. sabar je ah.. 

Buat Zura, Sahida dan Wanie .. kak ibah gila rindu korang! huhu. harap raya ni dapat lah jumpa. 
In shaa Allah! 

Nur Wahidah Mohammad , awak kawan kita sahabat kite yang paing kreatif dalam dunia ni awak tahu tak tahu tak?! serius cantik awak lukis gambar ni. huhu walaupun *dalam realiti kita tak sekurus ini. HAHAH! sadisss mucchhhhhhh~

Hadiah ni awak prepare awal2 lagi kan sejak awal sem kan! ishhh awak ni, huhu... terharu gila kite.. awak bagi kite diari gambar kita bertiga 'awak, dekda dan kita'.. terima kasih sahabat:')  kita akan pakai tudung hijau yang awak bg kita. cantik sangat! dan yang paling penting awak ade bagi kita video awak main gitar lagu 'Sahabat' .. huhu comel jee~  

Terima kasih untuk ENTRY LIMITED EDITION awak tu k! hihi..

Kepada Nina, terima kasih awak :) 
kita tahu nina bz setadi ME kan.. huhu lagi sikit nak merajuk sebab nina lambat wish.. huhu


buat awak SZ, terima kasih atas ingatan awak. cukup lah sekadar ingatan tak apa kalau tak de hadiah pun. Hadiah awak ade beri kite semangat selalu tu pun dah cukup buat kita. terima kasih atas suprise yang 2 tahun lepas masa besday kita. *kita tak kan lupa kan masa tu. 

SZ, terima kasih bagi kite lagu ' Tuhan Jagakan Dia' ..awak nyanyi sendiri untuk kita. hehehee.. 
*Orang jengka nyanyi kan untuk kita lah! weeewiiit!! hehehehe
Thanks awak. love u n missssss u! :-*

Buat classmate dan classmate yang lain, Aaina, Nadya, Shiera, Wawa, Amirah, Putra, Haziq dan Aiman.. thanks korang call ibah pukul 2 pagi semata2 nak wish besday ye! ingat korang tak nak wish dahh sebab bz kan belajar ME ! huhu.. Thankssss kawan2. . * lega gila ibah terlepas dari tepung, telur!! *mata ke atas,tangan ke bahu.. huhu 


Kepada Yana, Lini dan atyn.. terima kasih housemate walaupun awak awak awak tinggal 3 orang dalam umah tu sebab housemate kita yang lain sedang belajar ME di library kan.. thanks tauu wish ibah ! huhu.. *tak ada hadiah ke buat ibah?? heheheh! harap tiada lah tepung2 ye housemate! hehehe. tak baik.. ni dah nak bulan puasa ni.. hehehhe!



i miss u dan i love you kakak :') ibah harap ibah dapat ziarah  kubur akak masa besday ibah ni..  al-fatihah buat mu Noor Aisyah Binti A. Latif. sedar tak sedar dah masuk 3 tahun akak pergi ...

Wednesday, 3 July 2013

Selamat Hari Lahir, Sahabat!

.........................................................................................................

HAI JULAI! JULAI YANG DITUNGGU2 ...
3 JULAI 2013 
SELAMAT HARI LAHIR AWAK! 
AWAK, NUR WAHIDAH MOHAMMAD. YEAAAHH AWAK LAHH SAHABAT KITA. 
AWAK LAHH KAWAN KITA. KAWAN GELAK SAMPAI NAK RAK, KAWAN NANGIS, KAWAN SUKA, KAWAN DUKA, KAWAN KETIKA KITA JATUH BANGUN KITA SEMUANYA DENGAN AWAK.

-------------------------------------------------------------------------------------------

awak semoga awak panjang umur, kita doakan awak 
semoga persahabatan kita sampai anak cucu, eh tidak .. semoga sampai syurga ye awak!
hehehe. in shaa allah moga2 kita berdua dipanjangkan umur.
kita sayang awak keluarga awak, keluarga besar awak tu! syang mak abah awak! 
rindu lahh nak jumpa diorang. hehehe





P/S: Dear Bestprengggg: I LOVE YOU !

Monday, 17 June 2013

Hari hari aku di sini :'(

sedih bila mengingatkan kata kata itu. tak ada tempat aku nak luahkan..hanya di sini.. hanya kau yang memahami :( -menangis di dalam

Sunday, 24 March 2013

Moga perjalanan kalaian di sana dipermudahkan Allah :)

Assalamualaikum :) 


    Hai blogger, mesti semua dah banyak update blog kan.. huhu, nengok la blog ni dah jadi sarang tikus da . da lama sangat tak bersentuh dngan tuan die ni. Sebenarnya tujuan nak menulis blog hari ni bukan sebab ape. bukan sebab saya demam, bukan sebab saya takde keja atau apa apa pun lah. hehe. Buat mama dan abah, hari ini bersamaan dengan 25 Mac 2013, pada pukul 2 pagi tadi mama dan abah telah pun berangkat ke tanah suci Madinah dan terus ke Mekah.. Abah dan mama pergi ke Changi, Singapore. ibah tak dapat ikot hantar diorang disebabkan ibah ade kelas esok harinya.. hurm, tak ape.. ibah dah balik jenguk mama dan abah haritu dah cukup lega dah hati ni..  

   Alhamdulillah apa yang mama dan abah niatkan untuk menunaikan umrah pada tahun ini Allah makbulkan. Lebih kurang 14 hari mama dan abah di sana nanti. tak apa ibah, tak lama pun 14 hari je kau berjauh dengan diorang. jangan sesedih ahh .. diorang pegi kejap je eh eh. chill ibah :) 



  MAMA ABAH, IBAH DOAKAN KESEJAHTERAAN KAMU BERDUA.. JAGA DIRI DI SANA YA 
DOAKAN IBAH DAN ABANG DAPAT MENJEJAK KAN KAKI KE SANA JUGA NANTI SATU HARI NANTI.. 

lots of love from ur daughter, ibah
miss u.



Thursday, 7 February 2013

# Akhirnya follower ke 500 ! yayyyy !

Assalammualaikum w.b.t :) 


Alhamdulillah , hari ni 7/2/2013 bersamaan dengan hari khamis. Maksudnya hari ni cerita Setia Hujung Nyawa di Tv3 dah last episod! nak tengok! nak tengok!  #EH da ape pasal aku ni?? haha. ekk korang, kite bukan nak citer pasal citer tu taw.. ni kita nak cite kite nye blog dah ada 500 orang follower ! ahahah ! 

kita tunggu punya tunggu dari 29/1/2013 haritu nak tunggu sampai  blog kite cecah 500 orang x dapat2 .. *kematu dah punggung ni duduk depan laptop.  mandi tak basah. makan tak kenyang. tido pon tak lena.  eh!  tang makan tak kenyang tu .. itu TIPU k??! hahaha.. muka kite makan tak kenyang?? kerat jari nie lah nampaknyee. huhu.. 

 nampak tak eksaited nye kite nak tggu follower ke 500 :) 

Hari ni 7 Feb 2013 .... jeng jeng jeng... tadaaaa~

Putih putih melati .. Merah merah delima .. Siapa yag baik hati..  dialah yang menjadi follower ke 500...
# ehh tak kene langsung lirik aku ni. kbai! hahaha.. 
konon nak menyanyi ala ala st12 lah tu .. failed! failed! ekekeke! 
Apa apa pun terima kasih ehhh tuan punya blog Huzaini.com  sebab dia dah jadi follower blog ibahpanda ni yang ke-500 :)) 

terima kasih jugak buat  semua follower belog My Diaries Panda :)) 


# 499 . Fatin Aziz --> http://fatinfikalonely.blogspot.com/

# 498 . Jujue Lyana  merangkap anak sedara saya  --> http://www.jujuelyana.my/

# 497 . Rian Putra --> http://rian-putra.blogspot.com/

# 496 . Kak Hanny Abdullah --> http://mamahannybunny.blogspot.com/

# 495 . Kak Tiha --> http://herba-tihara.blogspot.com/

# 494 . Nadhirah --> http://nadhirah-jr.blogspot.com/

# 493 . Kak Amanda Suria --> http://suriaamanda.blogspot.com/

# 492 . Amirah Marliza merangkap classmate saya --> http://miramarliza.blogspot.com/

# 490 . AkmaCheWan  --> http://akusentuhatimu.blogspot.com/

P/s:  Buat masa ni ucapan terima kasih je yang dapat diberikan kepada anda semua..# cewahh ayat tak boleh nak poyo sangat eh ibah! In sha allah kalau rezeki banyak kita akan buat jugak GA ataupun contest eh eh :D  kalau ade contest kat My Diaries Panda ni.. korang nak join tak?! 

HADIAH?? 
ehh mesti lahh ade hadiahh.. gile takde.. hehehe :D

k bai korang. assalamualaikum..daaaa~ selamat berbloging yea!



Monday, 4 February 2013

Thank you for the memories bestfriend :)

Assalammualaikum bloggers ... 


Subbahanallah! Cantiknya permandangan matahari terbenam dari tepi Pantai Minyak Beku, Batu Pahat.


    Hari sabtu lepas waeda dan dekda datang BP.. Memula rancangan nye diorang nak datang hari jumaat tapi disebabkan dekda ade hal.. diorang gerak lah dari jb hari sabtu.. huu. takpelah korang asalkan korang datang jugak akhirnya.. korang nak tau tak? suka sangat kite bila dgr korang nak dtg jumpa kite?? huhu. gila tak suke.. 

  
Awak! tenkiu untuk hadiah konvo kite ! aritu awak x sempat nak bagi kan? haa laa ni baru kite jumpa.. awak bagi kite.. thanks waeda.. 


    Masa kita makan mee kari dengan awak , abah dan dekda.. awak ade cakap kita dah lama tak jumpa. err, mmg lama kan! tak salah kite akhir kite jumpa aritu masa besday dekda kan awak?  huhu.. dan akhirnya hari sabtu tu lah kite jumpe awak n dekda..  Hari hari kite sentiasa diisi dengan aktiviti kan.. huhu.. Petang sabtu tu kite gi minyak beku, alahai.. bila sampai sana.. teringat lak masa kite pegi dengan Din, Aril, Hal dan Nina .. kat sana dah banyak jugak la perubahan kite tengok.. dulu takde tempat duduk2 tepi pantai tu.. sekarang dah boleh dah orang duduk2 sambil tengok matahari terbenam. cantik :) 


Bila kite ingat balik kan macam mana kite boleh kenal awak waeda, serius kita tak percaya yang kita kenal awak hanya dengan melalui blog dan lepas tu kita jumpa masa sem akhir diploma.. dan kita percaya, semua yg terjadi adalah takdir Allah :)) 


Mereka kawan-kawan saya. Hari ni dan malam ni kite kene lah tido sorang2 semula, sebab awak dengan dekda dah balik JB .. kalau tak memalam camnie lah kita tengok cite hantu, main saidina, bercerita dalam gelap sesama sampai  tido pukul 4 pagi pon takpe kan! 


okay.. saya tak tau nak cerita ape lagi. SZ cakap saya dah betul2 nampak berisi  * err mati macam gini nak turunkan berat badan. Tahu tak banyak2 bende yg kite tak suka adalah berlari ! oke bai. 

Wednesday, 30 January 2013

Dear Math's i love you ...


 Assalamualaikum w.b.t ..
Hai, kita update jugak blog kitew nie. hehe.. ni idea sape. okeh ni idea Cik Tetra lah ni! 
* kita cerita pasal En. Din kite lah ehh.



Math tu susah lah awak .. errm, awak kata math ni senang .. err? senang ke? tang mana senangnya pun tak tau.. haish, dulu kita cerita kat awak setiap kali exam math je mesti kita lah paling rendah dapat markah kot.. 


awak kata awak suka math. errmm patutlahh dapat A1 time SPM dulu kan wak? heee. kita pulak kata 
kita tak suka math.. hehe patut lah kita punya math ni teruk ek? 
hahaha..


Matematik saya mungkin tak hebat, macam mana hebatnya awak menyelesaikan masalah lagi2 dalam subjek Math .. kalau orang bagi kita soalan math, kite kalau boleh nak cari awak kot, biar awak je buat!
hahaha teruk tak kite, ahh biarlahh awak kan ade. .


Bagi awak, dah biasa sangat dah kan kalau final exam start je, mesti ade je soalan keluar yang susah.. 
Dulu time diploma bila kita tanya awak, susah ke soalan .. biasalah jawapan awak, sentiasa merendah diri, huu.. konon susah ehh. kite tengok awak berjaya je tamatkan Diploma Quantitaive Science awak tu on time. bukan senang kan DQS ni. ade orang repeat subjek diorang. tapi awak.. alhamdulillah dia tak pernah repeat subjek2 .. 

bila cite macam mana cara awak belajar ? awak cite kat kite yang awak kalau setiap kali belajar atau buat latihan matematik awak tak dengar lagu.. kalau kite pulak jenis suka dengar lagu kalau buat latihan math. hehe. lain pulak kite berdua ek?

kalau bab membaca awak cakap kite hebat.. ehh, tak leh hebat mana pun kite ni awak. ade lagi orang yg hebat membaca dan mengingat .. kadang2 kite tengok ade orang ingatan dia dah macam mesin potostat dah ha.. kalau amek exam tu kalau boleh sepatah2 ayat dalam buku.. huhu..

Dahulu zaman diploma :)


Credit to Facebook  Aqimie Ceplos aka ABAH :)
* penat lahai nak sekodeng satu2 gambar dia ni. hehe. akhirnya jumpa jugak gambar die dengan budak kelas. tapi kat fb aqim la kite jumpe.. sorry tau semua, kita amek gambar ni. ehehe ..

 ni masa mereka konvo aritu ! hepi graduation ye korang! :)
* mana SZ saya? haaa. pilih lah sendiri malas nak tunjuk. hewhew..


Sekarang zaman budak degree :)

 


Credit to Facebook kawan2 dia :)
sekarang zaman CS 227  pulak kan awak ? heee..
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengkomputeran. * haa ni kos yang awak amek 
sorry jugak kat korang kite main pakai amek je ni kat fb korang. heee.. ntah diorang kenal ke tak aku ni? main pakai letak je ni gamba. hewhew..


Credit to gambar dari Cik Tetra :)  this is i called memories ! :')

♡ Dear SZ.  Apa pun awak buat, kita akan hormat dengan keputusan awak. dan kita akan selalu beri awak semangat tak kira macam mana sekalipun di depan ke di belakang ke di atas ke di bawah ke. mana2 lah kita tetap bagi semangat kat awak. . awak jangan lupa tu ! :) 


Monday, 28 January 2013

Labu budak gemok

Assalamualaikum w.b.t  :) 

Semalam godeh2 lah belog orang.. kita baca lah blog Cik Tetra cite pasal ais krim goreng die lah. pastu bukak lah budak awesome ni pulak Awie Kashi blog die cite pasal cuti semester dia ha.. dan macam biasalah aku akan bukak belog adek sedara aku sorang ni Syonon  tapi bace je tak komeng pong! hehe.  ehh, dah habis stalker orang, kite pegi la bukak belog Cik Epal ---> Lilo Tonggek .. dah habis baca tu. alaaa, comel nye kucing yang cik epal baru dapat ni. Macam kembar pulak dengan kucing kite, tapi nama kucing kita  Labu.

Labu lahir pada 10 Mac 2012 :)

ni labu masa baby lagi :) 
Masa die baby, muka die sangat dempak kalau korang nak tau. rasa nak cubit2 je die nie. huhu

Ni  pulak gambar labu masa die kanak2 .. hahaha :)
sekali pandang macam Lilo kan? hehe. kucing baru cik Epal ^^.

ni budak labu yang saya cakap kan tu.. bulat kan mata die. geraaammm nye kiteww :)

haaa, ni die labu yang sekarang jejaka idaman malaya. hikhik :) dah besar kan die? 
nanti kite rasa kucing cik epal, besar nanti macam labu agaknya kan.. hihi . 


kalau lilo cik epal suke main nyorok nyorok dalam plastik.. si  labu ni lain pulak perangai die. die suke main kertas yang digumpalkan.. die pantang nampak orang pegang kertas, pastu sibuk nak mintak orang main dengan die. 

*blackout. ekekeke, gelap kan die. ish2.. susah nak amek gambar sebab labu ni gelap. tapi takpe, labu kakak ni omeeyyy kan :))

Gambar ini credit to : Yana ( saya punya roomate aka housemate saya )
Bila tengok gambar ni teringat kat yana. hihi.. labu suke kacau yana..

Sekarang labu dah ade adik2.. sekor wane kelabu, sekor lagi wane hitam sebijik mcam die, dan yang ketiga wane putih sama betul macam abah nye labu Snowie .. 

Adik adik labu :) 
------------------------------------------------------------------
Video ni kita amek masa labu duduk dengan kite dekat rumah sewa di Segamat .. hehe, die rasa lah duduk dengan kakak die ni ha dekat umah sewa. hihi :) 
die kene buli. tengok lah die ni ehh .. 



p/s: Labu dah makin besar, moga2 die dipanjangkan umur dan berikan kite anak kucing yang comel2 ye ! :)

Wednesday, 23 January 2013

Wajah baru ??

Assalamualaikum :) 

Eh, haiii .. huhu.. ape bende yang wajah baru nye? errrk, ni haaa header baru ni. 
disebabkan blog ni dah lama dah bersarang.. meh sini kite solek kan die sikit sikit.
 alahai, nak buat header cecantik takde idea. haha! 
last2 tang tu je lahh header nye. *ekekeke!

nak mintak orang tu buatkan header kite, die merajuk pulak. nak mintak kita pegi Tampoi pulak kan? 
cehhh * kang pegi betul2 ketuk pintu rumah die. ngaga kang mulut die. hehehe.  
nie je lah yang kite mampu buat awak.. 

P/S:  SALAM MAULIDUR RASUL :) 
banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W  
Kita bersyukur sesangat sebab dilahirkan sebagai umat Nabi S.A.W :)

Tuesday, 22 January 2013

tak tahu nak ungkap dengan kata kata







BILA DAH LAMA TAK MENULIS BLOG
TAK TAHU NAK MULAKAN MACAM MANA
SELALUNYA BERLIMPAH2 IDEA NAK MENULIS.. 
ALAHAI, BLOG DAH BERHABUK DAH NI 
TOLONG LAHH IDEA DATANG CEPAT..CEPAT.. 
 

P/S:  wahai H.A.T.I  tolong kuat. biasalahh dah jauh kan. ape2 boleh jadi. :'(


Monday, 24 December 2012

Do ur best friends :) jbm 2203b - Sept 2012



 Bismillahirrahmanirrahim.. 
Assalamualaikum! 
Disebabkan kita semua dah nak final exam. Saya ingin mengucapkan kepada warga jbm 2203b, 
GOOD LUCK FOR UR EXAM AND DO THE BEST ! 

Sebelum itu.. ibah nak mintak maaf kepada sesiapa yang tiada dalam gambar di atas. sebab ade yang takde FB .. ni pun ibah main pakai stalker je korang.. sorry sekali lagi abes FB korang kite geledah.. hehehe ^^. jagan mara kawan2!

kepada pensyarah2 kami,   kami ingin meminta maaf sekiranya kami ada buat salah dan silap.. halalkan segala ilmu yang kalian beri kepada kami semua..  hanya Allah yang dpat membalas jasa kalian. kami semua mendoakan kalian dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan tubuh badan oleh Allah s.w.t .. amin...

Ini sticky notes buat korang kawan2 saya :)

Ya Allah, kau berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi musim peperiksaan ini dengan 
penuh ketakwaan kepadaMu, dan iringilah kami dengan kejayaan yang cemerlang.. 
Amin..amin..ya rabbal alamin...

Sunday, 18 November 2012

Program Khidmat Masyarakat di Sekolah Agama Bandar Segamat

 Assalamualaikum w.b.t ...
      
      Bismillahirrahmanirrahim, haii blogers dan kawan- kawan yang membaca blog ini :) ehh, kejap je hari ni dah hari ahad kan?  hurm.. kejap je masa ni berlalu kan.. huu.. Rasanya baru je cuti hari jumaat aritu... esok dah isnin. nak kene gi kelas semula. hehe :) 

   Hari Khamis hari tu bersamaan dengan awal muharam 15hb November 2012 . Kami yang ambil subjek Personal Development and Ethics ( MGT 538 ) wajib melibatkan diri dalam Program Khidmat Masyarakat. Alhamdulillah program di Sekolah Agama Bandar Segamat berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah s.w.t . Kami dari kelas Finance kelas 3C, Marketing kelas A dan B dibawah tunjuk ajar Pn.Che Faridah Che Mahmood .


Kami akhirnya berjaya bawak karpet, tikar dan juga 30 helai sejadah dari Jakel sendiri 
dengan menggunakan 2 buah kereta. satu kereta Proton Waja dan lagi satu kereta Myvi. 

Credit to: Ajk Sponser, Aiman dan Acap tengs korang :) sebab bersabar teman saya pegi buat follow up di Syarikat Jakel sampai la kita berjaya mendapatkan sumbangan dari jakel. Aainaa, Amirah, Nad, Ajim, Effa dan Naim terima kasih jugak sebab dapat meluangkan masa hari Rabu petang tu bersama2 kiteorang ambil karpet ni dekat jakel. Credit to Wisma Jakel, Segamat. 
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN SAYA :D


Hari khamis, pagi dalam pukul 7.30pg kami ajk dah sampai di depan pagar Sekolah Agama Bandar Segamat ni .

Kiteorang naik kereta masing2 ke sekolah agama ni. haa, nampak tak berderet kereta parking dpan pagar sekolah ni?? hehe

 Yana dari finance kelas 3C finance.

Ada yang bawak motor sendiri :)

kami bertemakan baju warna Merah :) kelas B .
Okay, korang nampak tak Noor Adibah ? hee. okeh fine. gambar saya nampak tangan je. sadis. 

geng kelas B :)

Haziq dan Putra . ape lah yang di bualkan mereka ni. kemain seronok haa berbual. heee. Candid !
Haziq, kene cuci tandas yek:)

Puan che, ambil gambar kiteorang tengah sarapan. heee.

dari kiri depan ain, caca, iman dan mimot :) 
mereka sarapan dekat kantin . 

Okay, disebab kan saya dibahagikan tugas di surau sekolah ni. jadinya saya hanya dapat ambil gambar mereka yg di surau je.

Saya dengan tyka dan jugak bainun dari kelas finance 3C di surau. khusyuk betul dia bersihkan tingkap surau ni :) lepas ni kita kikis dinding eh. pastu dah boleh cat dahh.

okay, kerja mengecat di mulakan. 
credit to: kawan2 MKT kelas 3A :)

 
Kerja2 di bahagian kolam :)

kawan2 saya beruntunglah mereka dapat bergambar dengan Guru Besar sekolah Agama :) 
credit to : Pn.Che .

Mana lah puan che ambil gambar ni. ehehe.. 
agak2 siapa yang pakai baju warna merah ni eh? 

Lepas siap semua kerja, kami pegi la Tadika pulak. tengok2 haziq dan naim belum siap lagi mengecat dan mengemas tadika. Hehe, kenapa muka haziq macam tu? penat eaa. sabar ehh :)

Naim bersungguh2 abiskas keja dia :)


 gambar kami yang sempat ditangkap Puan Che di tadika :) 
memula ingat puan che nak marah kiteorang sebab main bende alah ni. huhu. rupenya puan che nak ambik gambar kiteorang. okehh, lega.. huhu

 Sebahagian dari kami kelas 3B :) 
alhamdulillah kerja kami dah selesai hari tu .TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN.

Tak dilupakan jugak, pensyarah kami Puan Che Faridah :) 
terima kasih sebab beri kami tunjuk ajar dalam CS ni. . kalau takda puan che, mesti program ni tak lengkap dan tak sempurna.  alaa. gambar puan chetakde la dengan kami semua. sedih.. huhu
ini pun gambar yang saya ambil dekat FB . heheh . 

CREDIT TO : PUAN CHE FARIDAH CHE MAHMOOD :)
LECTURER PERSONAL DEVELOPMENT AND ETHICS ( MGT 538 )