Followers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 6 June 2021

Our IUI Journey

Diari ini buat aku jadikan ia sebagai kenangan.  3 September 2016 hari pernikahan kami ❤

Bulan 9 tahun ni genapla usia perkahwinan kami yang ke 5 tahun.


terima kasih abang terima sayang seadanya 

2 tahun lepas aku buat medical checkup dengan gov hospital.. tau kan proses nya mmg lambat sgt. sebab setiap perjumpaan tu ambil masa 4 bulan sekali macam tu. Aku pcos. mana aku tahu? selepas setahun perkahwinan kami, aku baru dapat tau yang aku pcos. ada orang kata aku tak ikhtiar? tak pegi berubat ke? tipulah aku tak ikhtiar dengan suami. dari tahun pertama perkahwinan kami pjj. tahun kedua baru kami tinggal bersama.

selepas tahun ketiga tu aku berusaha utk kurangkan berat badan. entahlah sejak kahwin berat naik menjadi jadi naiknya .. hehe.. itulah keje nya buat kek je kan.. tak jaga makan dan exercise. semakin lama aku belajar tentang pcos. semakin aku faham aku tak boleh stress, jangan ambil karbo berlebihan, ambil banyak protein, dan sayur sayuran. suku suku separuh menu diet aku amalkan sejak setahun lepas. Pcos ni Polycystic ovary syndrome, kami boleh mengandung tapi telur kami banyak kecik dan tak matang. tahun ni aku banyak belajar ttg TVS scan. 

ni la hcg tu kene enjet . nasib baik suami ada tolong enjet 



TVS scan ni Dr akan check follicel (telur) kami  start dari cycle day 10 dan 13. untuk orang yg dah bekahwin lebih dari 4 tahun kami proceed IUI. kami buat keputusan untuk buat IUI di kpj batu pahat. Start hari kedua period Dr beri aku ubat clomid sampai hari ke 6 period 100mg. 
Pada CD 10 follicel belah kiri ada satu saiz 13mm dan dua follicel lagi saiz 9.6mm.
pada CD 13, alhamdulillah follicel belah kiri aku saiz 17.1mm dan 1 saiz 11.1mm 

korang nak tau tak perasaan aku masa tngok telur aku besar? ya Allah suka sgt rasa bersyukur sgt telur aku matang dan sangat sesuai untuk proceed iui.. dalam hati aku tgk telur pun happy. macam mana perasaan perempuan lain tgk baby dalam rahim diorg kan? Ya Allah berilah aku peluang untuk hamil. dan aku selalu berdoa moga Allah tiupkan seorang insan menjadi penghuni rahim aku. aku juga ingin merasai bagaimana menjadi seorang ibu. melahirkan anak untuk suami ku :( ya Allah kabulkan permintaan ku... 

Doktor bgtau CD 14 aku kene cucuk ubat ovidrel(hcg) untuk bantu pecahkan telur. 


Keesokannya aku cek OPK ya Allah aku tak pernah tengok OPK aku terang benderang selama aku trying to conceive. seronoknya hati.. Allahuakbar. haritu aku ingat perut aku rasa kembung sgt (bloated) sakit kepala dan perut rasa tak sedap, aku muntah masa tu.. 

masa jumpa dr esokknya aku tanya dr kenapa saya muntah ya? sebab tu mmg effect sampingan ubat hcg tu. ok aku lega bila dapat tau tu. 


Dr proceed untuk IUI pada CD 16 pada 8.30pagi collect sperm dan pada 10.30pagi tu proses IUI. 

muka berdebar masa ni. Dalam hati penuh dengan harapan moga iui ni berjaya


TIPS UNTUK MATANGKAN TELUR 
Dari hari period pertama aku amalkan susu kambing fresh at least satu botol. Buah kiwi sebiji. Telur separuh masak 2 biji utk breakfast. telur ni aku pilih telur kampung tau.. Alhamdulillah telur cantik saiz 17mm.. 


Masa aku menaip ni sekarang aku DPIUI 7. Dr suruh datang lagi 2 minggu. doktor bekalkan aku ubat duphaston 2 biji satu hari makan. untuk progesterone kuatkan rahim. Doakan kami ya kawan kawan. semoga result minggu depan positive . 





Thursday, 17 October 2013

Rindu

Bismillahirrahmanirrahim...





rindu nya lahai kat diorang ni... 

Last jumpa haritu... entah dah tak ingat dah bile terasa lama betul tak jumpa. macam setahun x jumpa! 

#WeAreBestFriends... 



Perasaan

Bismillahirrahmanirrahim... 

  Kadang - kadang puas diri ni berfikir, nak berubah ke arah sesuatu yang lebih baik... diri ini jahil .. diri ini meraung meminta seseorang mendorong ke arah yang baik.. Melihat wanita yang cantik, bertudung labuh menutup aurat.. ya allah cantiknya dia.. nampak manis :)  teringin nak jadi macam tu.. teringin nak menjadi anak yang solehah.. diri ini tak kuat..

  Ya allah boleh ke aku ke arah itu... Bantulah aku ya allah, kuatkan aku... 

Wednesday, 16 October 2013

Menung

Bismillahirrahmanirrahim... 

 Rasa memang dah lama betul tak bukak blog ni.. ntah kenapa harini terasa nak menaip... Hari ini 17.10.2013... bermaksud mama dan abah berada di tanah suci Makkah dah nak masuk 30 hari..  Ya allah rindunya pada mereka.. mula-mula pikir boleh ke ibah duduk sendiri, berpisah ngan mereka sebulan lebih jugak... ya.. ibah boleh buktikan yg ibah boleh tnggal sendiri.. Mama dan abah.. ibah harap mama dan abah tenang di sana menunaikan ibadah haji.. Ibah di sini hanya mendoakan mama dan abah mendapat haji yg mabrur.. Ameen.. ya rabb... 

  Raya haji kali ni, mmg terasa raya sendiri.. abang beraya di batu pahat sebab beraya di rumah mertuanya.. mama dan abah berada di Makkah.. dan aku di pekan nenas beraya bersama nenek, kak yam, ayahman, anak2 ayahman, dan keluarga pak usu...  kali ni raya haji takda gambar keluarga.. sedih~ 

  Selalunya, pagi raya dah mintak maaf dengan mama dan abah.. peluk cium dia.. tapi kali ni, abah cuma sms ibah.. ucap selamat hari raya.. Ya allah rindu nya... Mama abah cepat la balik... 

Ibah xnak apa2.. ibah nak mama dan abah je.. :'(


yang merinduimu, ibah...