Followers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 6 June 2021

Our IUI Journey

Diari ini buat aku jadikan ia sebagai kenangan.  3 September 2016 hari pernikahan kami ❤

Bulan 9 tahun ni genapla usia perkahwinan kami yang ke 5 tahun.


terima kasih abang terima sayang seadanya 

2 tahun lepas aku buat medical checkup dengan gov hospital.. tau kan proses nya mmg lambat sgt. sebab setiap perjumpaan tu ambil masa 4 bulan sekali macam tu. Aku pcos. mana aku tahu? selepas setahun perkahwinan kami, aku baru dapat tau yang aku pcos. ada orang kata aku tak ikhtiar? tak pegi berubat ke? tipulah aku tak ikhtiar dengan suami. dari tahun pertama perkahwinan kami pjj. tahun kedua baru kami tinggal bersama.

selepas tahun ketiga tu aku berusaha utk kurangkan berat badan. entahlah sejak kahwin berat naik menjadi jadi naiknya .. hehe.. itulah keje nya buat kek je kan.. tak jaga makan dan exercise. semakin lama aku belajar tentang pcos. semakin aku faham aku tak boleh stress, jangan ambil karbo berlebihan, ambil banyak protein, dan sayur sayuran. suku suku separuh menu diet aku amalkan sejak setahun lepas. Pcos ni Polycystic ovary syndrome, kami boleh mengandung tapi telur kami banyak kecik dan tak matang. tahun ni aku banyak belajar ttg TVS scan. 

ni la hcg tu kene enjet . nasib baik suami ada tolong enjet 



TVS scan ni Dr akan check follicel (telur) kami  start dari cycle day 10 dan 13. untuk orang yg dah bekahwin lebih dari 4 tahun kami proceed IUI. kami buat keputusan untuk buat IUI di kpj batu pahat. Start hari kedua period Dr beri aku ubat clomid sampai hari ke 6 period 100mg. 
Pada CD 10 follicel belah kiri ada satu saiz 13mm dan dua follicel lagi saiz 9.6mm.
pada CD 13, alhamdulillah follicel belah kiri aku saiz 17.1mm dan 1 saiz 11.1mm 

korang nak tau tak perasaan aku masa tngok telur aku besar? ya Allah suka sgt rasa bersyukur sgt telur aku matang dan sangat sesuai untuk proceed iui.. dalam hati aku tgk telur pun happy. macam mana perasaan perempuan lain tgk baby dalam rahim diorg kan? Ya Allah berilah aku peluang untuk hamil. dan aku selalu berdoa moga Allah tiupkan seorang insan menjadi penghuni rahim aku. aku juga ingin merasai bagaimana menjadi seorang ibu. melahirkan anak untuk suami ku :( ya Allah kabulkan permintaan ku... 

Doktor bgtau CD 14 aku kene cucuk ubat ovidrel(hcg) untuk bantu pecahkan telur. 


Keesokannya aku cek OPK ya Allah aku tak pernah tengok OPK aku terang benderang selama aku trying to conceive. seronoknya hati.. Allahuakbar. haritu aku ingat perut aku rasa kembung sgt (bloated) sakit kepala dan perut rasa tak sedap, aku muntah masa tu.. 

masa jumpa dr esokknya aku tanya dr kenapa saya muntah ya? sebab tu mmg effect sampingan ubat hcg tu. ok aku lega bila dapat tau tu. 


Dr proceed untuk IUI pada CD 16 pada 8.30pagi collect sperm dan pada 10.30pagi tu proses IUI. 

muka berdebar masa ni. Dalam hati penuh dengan harapan moga iui ni berjaya


TIPS UNTUK MATANGKAN TELUR 
Dari hari period pertama aku amalkan susu kambing fresh at least satu botol. Buah kiwi sebiji. Telur separuh masak 2 biji utk breakfast. telur ni aku pilih telur kampung tau.. Alhamdulillah telur cantik saiz 17mm.. 


Masa aku menaip ni sekarang aku DPIUI 7. Dr suruh datang lagi 2 minggu. doktor bekalkan aku ubat duphaston 2 biji satu hari makan. untuk progesterone kuatkan rahim. Doakan kami ya kawan kawan. semoga result minggu depan positive .