Followers

Saturday, 25 February 2012

Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum.


#  ini bukan saya yang kata. tapi Ustaz Azhar Idrus yang kata

Thursday, 23 February 2012

Di saat aku mencintaimu

Assalamualaikum ...



# Ha'ah.. Noor Adibah.. di saat kau membuat OPERATIONAL PLAN. ent300. kau nyanyi lah lagu DADALI  nie eh.  orang balik rumah jumpa mak abah. mintak restu nak final exam. kau duduk kat uitm ni hah. buat business proposal .. haha. cian kan.

Friday, 17 February 2012

Folder dalam hardisk jadi ' shortcut ' !

Assalamualaikum w.b.t

Korang nampak tak ape yang aku nampak sekarang nie?! 
Ya Allah! balik dari test tadi aku bukak laa kejap lappy nie.. ingat nak laa tengok movie ke . ape ke kan? 
sekali bukak2 je hardisk aku .. semua jadi shortcut ! 

  Hari rabu lepas, aku bagi laa Hanim pinjam hadisk aku nie. sebab nak bagi dia gambar2 kiteorang pegi Cameron aritu.. Hanim ade la jugak citer kat aku,  semua folder dalam laptop dia abes jadi shortcut mungkin kena virus .. bla.. bla..bla.. aku pun dgr je la ape dia cakap. tapi aku tak paham. huhu.. Yang aku tau, hadisk aku okeh je. tak kena virus sebelom nie.. tapi bila dah masuk dalam laptop Hanim.. abes semua... huhu. sadiss nyee... tapi aku tak salah kan hanim pun.. memang hadisk aku ni dah sampai saaat dia kot.. HUHU..

  Errr, sekarang baru aku paham.. bila aku bukak je hardisk aku nie.. peehh.. menggelabah aku! dah laaa, dalam hardisk nie ade folder2 penting.. gambar2 yang aku sayang sangat.. gambar arwah kakak aku lagi.. yang paling penting skang ni aku nak selamatkan folder 'SEM 6' . Sebab dalam tu ada Operational Plan untuk business proposal aku untuk subjek ENT 300 ! ya allah.. tu laa nyawa aku skang nie..   aku harap boleh laa nampak semua folder2 yang aku nak tu... 
 

  KORANG BOLEH TOLONG AKU TAK? 
 TOLONG AKU!
#Tetibe. aku jumpa folder gambar nie  :D  

Monday, 13 February 2012

Ini kisah dulu

Assalamualaikum w.b.t


( Masa aku umur darjah 1 )
Adik : Mama.. ibah nanti dah besar nak jadi doktor bedah laa..

Mama : Nape nak jadi doktor bedah ?? 

Adik : Kalau jadi Doktor bedah.. nanti ibah boleh selamatkan orang yang sakit jantung macam ibah nie.. 


( Masa aku darjah 2, cikgu tanya, Adibah.. awak nak jadi ape bila besar nanti ??) 
Ibah : Saya nak jadi Cikgu macam Mama dan Saya nak jadi Pensyarah macam Abah saya ..
Cikgu : Bagus Adibah.. Teruskan usaha awak.. 

| carilah mana satu aku?? heee... |
.... 

( Tapi.. Bila aku darjah 6 ..) 
Adik : Mama.. ibah teringin lah nak jadi Doktor Haiwan.. ibah nak bedah haiwan2 tu.. nanti diorang tak sakit dah.. pastu ibah nak bukak tempat perlindungan untuk diorang.. kesian diorang..kalau rumah kita ada banyak taman.. boleh kita buatkan rumah untuk diorang kan ma?? 
Dan sebab tu la aku pikir.. dari aku kecik sampai aku besar.. mesti rumah aku ade kucing.. tidur dengan kucing.. mandi pun dengan kucing.. makan pun dengan kucing..


Mama : Adik belajar la rajin2 lagi.. nanti dapat jadi DOKTOR.. 

( Bila ibah dah masuk form 1) 
Markah sains dan math yang aku dapat tak pernah bagus.. huhu.. sadisss... 
ini macam ke nak jadi DOKTOR?? HAHA! errr.. aku pikir balik.. 

( start SPM tu.. aku tengok lah budak2 kecik yang comel 2 tu.. ) 
Ibah teringin la nak bukak KINDERGARDEN.. err.. Abah, boleh ke kalau ibah nak bukak kindergarden bila dah besar nanti ??? 
..... EH2.. MACAM2 PULAK ANGAN2 AKU KAN?? NAK JADI MACAM2.. HUHU.. BOLEH KE?

( Bila aku masuk Uitm nie.. ) 
Ibah : Mama.. ibah dapat coz Diploma Perbankan... err... cita2 ibah nak jadi Doktor bedah, doktor haiwan tu?? pastu camne ibah nak bukak kindergarden kalau ibah sekarang belajar macam mana nak jadi BANKER?? 

Takpe lah.. mungkin ibah kena bedah duit kot.. bukan bedah manusia dan bedah haiwan... errr . ye ke mama??

# Korang nampak tak ?? Allah berikan aku angan2..AKU NAK JADI SEORANG DOKTOR?? tapi,  sekarang aku di Uitm Segamat amek coz yang lain ape yang aku nak masa aku kecik2 dulu .. 
Korang  pulak dulu2 masa kecik pernah berangan2 nak jadi ape??

Mama, ibah rindu mama !

Assalamualaikum w.b.t


IBAH.. NAK CAKAP . YANG IBAH RINDU MAMA..
BOLEH KE ??? 

:(

Saturday, 11 February 2012

:)


Sesungguhnya , lelaki yang sanggup ketepikan egonya demi mempertahankan sebuah perhubungan adalah lelaki yang hebat
 
P/s: Kawan, semoga cepat sembuh.Aku sayang kau.
 

Awak tau tak yang awak semua kawan- kawan saya ?

Assalamualaikum w.b.t !

  Nur Addrina ( Niena)
   Hari ni  ibah ada Test Entrepreneurship (ENT 300), disebabkan minggu ni ada dua test serius ibah cakap ibah busy nak gila ! huhu... tadi bila abes test dekat Dewan Sri Peria (DSP) , ibah cek lah henpon.. aishh, Niena  call aku?? ehh. dia nak ape ehh?? apesal call aku tiba2?? Ya Allah ! aku baru teringat hari ni 11/2 ! besday kawan aku ! Niena ! ibah cepat2 send sms, Niena! ibah mintak maaf.. arinie besday awak kan! huhu.
 
Ibah : Niena, alaa.. sorry laaa..cepat3 pukul ibah...
Niena: Nie nak mengamok ni! 
Ibah :  alaa.. nina... sorry laaa.. ibah baru ingat ni maafkan ibah okeh.. 
 Niena: Dish ! kat kepala... Dish! kat perot.. Dish!Dish! Dish! 
(Aisehhh, Nina nieee.. bape kali dah nak Dish3... HUHU.. )

P/S: Nur Addrina, awak dah 21 tahun laah! dan dah 13 tahun kita berkawan! lama tak? lame gileee kowt! heee..  eheee.. kali ni ibah tak dapat lagi nak sambut besday awak sama2... mintak maaf ehh, ibah doakan awak sihat selalu.. jangan lupa ibah tau.. SELAMAT HARI JADI  !

 Sharifah Hanisah ( Kak pah)

Okeh! Semalam mira call ibah, dah laa malam tu ada test MKT 361 (personal selling), aku duk tengok henpon aku yang tgh vibrate.. errrr,okay aku pelik lagi.. kenapa Mira tibe2 nak call aku nie.. mesti ade cerita HOT kan nak citer kat aku?? haha! abes test tu aku cepat2 tanya mira! nape call ibah nie.. 

Mira : Salam ibah.. 19 Feb nie kak pah ade buat majlis... dpt dtg tak? 
( Okeh! aku cepat2 jawab! Kak pah nak buat majlis?? dia bertunang ke mira?!) 
Aku Punye xcited tu menjerit2 tengah jalan nak balik kolej SB  macam separoh gila !Naseb baik takde orang pasan. kalau tak, malu aku kot! hehe.. Ya Allah! kawan aku nak bertunang kowt! aku tak dapat datang pulak... ibah mintak maaf la kak pah, kenapa awak buat majlis time2 ibah nak test ?? nape tak buat time Cuti Sem ke?? kan kita cuti lama.. erhh.. takpelah.. nanti kalau awak punye Wedding! ibah pasti datang! ibah janji kak pah.. huhu..

P/s: Kak pah ! Ibah ucapkan TAHNIAH UNTUK AWAK! AWAK DAH NAK BERTUNANG! HEEE.. memang rasa tak percaya pun ade ! yang kawan aku sorang nie nak bertunang.. kejap2! patotlah dia takmo sambung degree kan! dia nak berbulan madu rupenya dengan yang tersayang! 

Farah Ain ( yang belah kanan tu yee.. ) 
Minggu nie aku teringin sangat nak jumpa Farah Ain.. Kawan aku aka jiran kesayangan aku sendiri.. hehe.. Fara!! awak nak pergi umrah 22hb nie.Doakan ibah ye bila dah sampai sana... ibah doakan awak dapat menjalankan ibadah umrah dengan sempurna.. Insyaallah. sorry kite tak dapat balik umah la. 17 hb ni ibah ade Test lagi, lepastu 18hb ade Seminar pulak.. dan 20hb ada Test Ethics aka Law in banking.. pehh, serius ibah sedih gila tak dapat jumpa awak..Ibah dah bagitau mama yang ibah tak dapat balik umah.. mama bagitau, kita kan boleh SKYPE je.. haha! a'ah ekk?? pandai tak mama aku bagi idea?? aku sendiri lupa yang aku ade skype! insyaallah sebelum awak berangkat ke sana  kita borak2 panjang ye. tapi melalui internet je lah.. <3

Farah Ain, disebab kan awak belajar di Multimedia Cyberjaya (MMU) , Ibah pulak tercampak dekat Uitm Segamat ni.. kita punya cuti memang tak sama kan .. time awak cuti ibah pulak naik belajar. time ibah cuti awak pulak tak balik BP.. HAISHH.. kesian kan kitaorang nie?? bila lah ade jodoh lagi nak jumpe kan.. 

AKU RINDU KAN KAWAN2 AKU. PAHAM TAK ?! 
bukannya aku tak sayangkan kawan2 aku. bukan nya aku tak pedulikan kawan2 aku.  kalau lah kasih sayang tu boleh aku kira .. dah lama aku tambah kan .. aku tak kan tolak bahagi dan darab dah! ..

Thursday, 9 February 2012

Aku gembira.

Assalamualaikum w.b.t...



Mama Abah,
Ibah rindu mama dengan abah.. ibah tak tahu, dah lama ibah tak mimpi dia.. tapi ibah tau, ini perasaan je semata-mata. Mungkin ibah terlalu rindu kan dia. Ibah rasa akak dah jauh dengan kita kan.. Kalau tahun lepas ibah sambut hari jadi akak takda.. dan tahun ni genap 2 tahun akak pergi kan mama dan abah?? maksudnya ibah dah 21 tahun nie.. rasanya macam dah cukup besar adik akak ni kan?? Dulu ibah pernah berangan yang ibah dapat bunga dan teddy bear dari akak untuk hadiah GRADUATION ibah ... tapi tu semua tak kan terjadi kan?? :) tapi takpe, ibah lupa ibah boleh teruskan angan2 ni.. sebab ibah ada ABANG dengan KAK NAD.. hehe.. ibah sayang diorang..

 saat-saat bila kami sekeluarga rindukan dia.. akak, ibah rindu akak.. 
kali ni betul2 ibah cakap. ibah rindu sangat kat akak.
Al-Fatihah. Noor Aisyah Binti A.Latif

# akak.ibah GEMBIRA .

Wednesday, 8 February 2012

Terasa Hati . .

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused. Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa? Then I asked my Abah what’s that mean.

Abah : Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar daripada dosa dia.

Adik : Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Abah : Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Adik : *blur =_=''

Abah : Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Adik : Ooooooo... Ook...

Abah : Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Adik : *termakan cili

So, the conclusion is. Jangan mudah terasa hati. Maknanya kita tak redha dengan Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita. Na’uzubillah.


p/s : berjanji untuk tidak TERASA HATI lagi!  Hanya Biasa . . 

Tuesday, 7 February 2012

Permanently DELETE account Facebook !

Assalamualaikum..


Confirm delete ! taaa daaa!
 kali ni aku serius. tak main2 dah.   


'' alaa.. kejap je tu dia buang FB. 
esok2.. nanti dia bukak balik lah tu" 
cehh... okeh aku buktikan ! aku buang fb nie.... korang nampak tak? 


k  bye ! selamat tinggal memori muka buku.. 
tanpa kau. aku gembire. aku tenang. FULL STOP! HEHE.. 

p/s: MAMA! ABAH! ADIK dah buktikan pada DUNIA yang adik dah BUANG FB JAUH2! heheh...
21 FEB 2012..Selamat tinggal Muka Buku Noor Adibah ...


BANGUN BALIK !


Wednesday, 1 February 2012

alahai..perut saya meragam ! ape nak buat nie?!

Assalamualaikum w.b.t ...

  | pokok stevia kesayangan saya | 
tumbuh segar yer wahai pokok... 
  Hari selasa aritu lepas balik dari outing aku ngan waeda pegi lah pasar .. err,  time tu memang teringin sangat nak makan laksa penang. . tapi bila dah sampai bilik tu, rasa macam tak selera pulak nak makan.. ingat kan nak makan malam2 siket.. aku tgk Waeda makan nasi lemak ayam rendang  punye lah laju.. ( faveret dia lah katakan. Aku tau dah.. hehe) awak  lapo ehh waeda?? Kite tau awak lapa kan mase tu.. thanks tau teman ibah outing.. kita jalan2 dengan din n afifudin.. pegi jementah beli pasu untuk pokok stevia ibah tu.. hehe..

   Malam tu, aku xsempat nak makan laksa.. sebab ade xciment kena siapkan dengan kawan2 aku.. err, sampai bilik dalam pukul 10 lebih..  itupun tak sempat nak makan. Hehe. Ade orang nak beli roti bakar la. Ape lah.. heehee.. pukul 12 lebih baru aku teringat, yang petang tadi aku ade beli laksa! Aku makan sampai licin kot.. tapi esok pagi aku rase perot aku ni rasa tak selesa sangat! Serius.. aku sakit perut! Aku salah makan ke ehh?? Jap! Aku baru teringat.. maybe aku makan lambat dan maybe laksa tu dah basi.. errr…. Lapar sangat kot. Sampai tak perasan laksa tu dah basi..  
    
Teh pekat yang aku telan sampai abes! 
Mengadu kat mama, mama.. ibah sakit perut nie.. nak wat camne?? Mama ingatkan, ibah buatlah air teh pekat2 .. pastu minum.. insyaAllah baik lah tu.. erkkk.. air teh tu boleh letak gula tak ma?? Mama kata .. mana boleh! Huuu… alaaa.. kalau letak gula bukan namanya ubat dahh.. yeke?? Okay laa. Ibah minum. ..serius pahit gile!! yarrk! 

   
   Awak.. terima kasih tau sebab beli kan kita air 100 plus nie.. dengan pil chi-kit teck aun..  1 hari nie kita rasa kita kena tahan sakit perut nie sorang2.. uhuu.tadi pegi kelas ENT pun, ape yang prof cakap.. kita dah tak boleh dengar.. sebab sakit perut teramat sangat dah... sadiss tau.. tadi tengahari kita nak pegi penawar. Tapi tak sempat la wak.. banyak keja.. dengan shooting untuk video case kumpulan kite tu.. sayang awak <3 heeee.... tq untuk semuanya .. 

HARI JUMAAT SAMPAI AHAD NIE SAYA TAKDE.. 
SEBAB SAYA DAN KAWAN2 DIPLOMA IN BANKING PART6  KELAS B & C 
ADE TRIP KE CAMERON HIGHLAND ! 

P/S:  SAYANG ... <3 ehehe..