Followers

Daisypath Anniversary tickers

Monday 30 January 2012

Novel : Hidup, Cinta, Takdir

Assalamualaikum w.b.t ...

| TIGA kisah berbeza... Namun SATU detinasi yang sama... |
Menarik tak tajuk dia?? 
wahh ! ibah dah abeskan dah baca novel nie semalam.. korang belilah buku nie. serius tak bosan! 

Korang nak tau?? dalam novel nie kebanyakan nya cerita di Langkawi.. Bila baca novel nie, hati ni mula tertarik nak pegi lagi Langkawi.. rasenya last aku pegi Langkawi aku kecik lagi kot..antaranya kat  Pantai Pasir Hitam, Makam Mahsuri, Tasik Dayang Bunting, Pantai Chenang.. wahh banyak lagi lah.. Yang penting novel ni novel yang terbaik aku pernah baca.. Suka sangat <3 


SINOPSIS 3cerita dalam1NOVEL ^^,
( IBAH, BERI KORANG BACA SINOPSIS DIA EH.. )

Nafas Seruling Kaseh - Keajaiban HIDUP
  Nazril adalah seorang lelaki yang telah hilang kepercayaan terhadap apa pun. Siri kejadian malang dalam hidupnya menjadikan dia seorang yang berputus asa dan benci terhadap dunia. Sehinggakan beberapa kali Nazril mencuba untuk mengambil nyawanya sendiri kerana tidak sanggup menanggung penderitaan yang terlalu gah. Namun pertemuan dengan Kaseh, seorang gadis cantik, bijak dan licik telah menggoncang dunia Nazril dan mengubah haluan hatinya. Membuka matanya terhadap keindahan yang masih wujud dalam dunia. Membuatkan dia rasa seperti ingin bernafas semula. Namun Kaseh sebenarnya bukanlah sepertimana yang Nazril sangkakan. Ada sesuatu tentang gadis itu... Pertemuan singkat Nazril dengan Joe dan Ara pula memberikan satu impak yang di luar jangkaan Nazril. Siapa Joe dan Ara?

Yakini Cintaku - Keajaiban CINTA
  Joe dan Ara tak pernah bertemu, tak pernah bercakap, tak pernah melihat muka dan tak mengenali antara satu sama lain. Namun mereka adalah pasangan kekasih yang paling utuh di dunia ini. Joe mencintai Ara dengan sepenuh hatinya. Ara mencintai Hoe dengan segenap jiwanya. Setiap detik mereka sentiasa ada bersama. Adakah mungkin? Dua insan yang terpisah jauh dan tidak pernah wujud sebarang bentuk komunikasi di antara keduanya, boleh menyakini yang cinta itu ada untuk mereka dan sering menanti penuh setia. Inilah keyakinan cinta yang anda belum pernah lihat atau dengar. Namun ianya wujud... Bagaimanapun, setiap kisah cinta tentu ada liku-likunya. Kehadiran Najla membuatkan kesetiaan Joe terbelah dua. Siapakah Najla? Kenapa dia begitu penting buat Joe?

Gadis Di Tepi Pintu - Keajaiban TAKDIR
  Najla seorang gadis yang tidak punya apa-apa. Tiada harta, tiada cinta, tiada masa depan. Namun dialah gadis yang paling bahagia. Kerana satu perkara dia ada, iaitu kepercayaan terhadap ketentuan dari penciptanya. Dia juga percaya, tuhan sayang pada insan yang setia sepertinya. Tidak pernah lekang dengan doa dan kesyukuran, tidak pernah marah atau merungut pada sesiapa walaupun hidupnya sering dirudung malang. Kerana Najla tahu, bagi insan yang sabar dan beriman, tentu ada keindahan yang menantinya dihadapan. Apabila takdir mengorak langkah, dengan cara yang begitu unik dan indah...

Dalam novel ni jugak, bukan hanya cerita je tapi ade puisi.. wah!! jap2!  nie haa. korang baca ye. . 

Degup, 
Hanya itu di telinga, 
Hanya itu yang ku rasa, 
Hanya degup, 
Makin lama makin menggila, 
Makin lama makin menyiksa, 

Degup, 
Selama ini memang di dalamku,
Namun malam ini menguasaiku,
Hanya degup, 
Yang setia menghitung masa,
Mentara kita berjumpa, 

Degup ini, 
Meski tak terkira bilangnya, 
Tiap satu hanya untuk dia, 

Degup, 
Teruskanlah temaniku, 
Hingga sampai waktu, 
Bila kami bertemu, 
Teruskanlah berdegup, 
Jangan henti berdegup,
Kerana selagi aku bernyawa,
Degup jantungku akan membawaku kepadanya. 

   Dahh ! heeee.. time nie aku baca.. serius aku suka sangat ! ehhehe.. pandaI penulis novel nie buat aku membaca dan terus membaca .. tanpa aku bosan! hehe.. Terima kasih Isma Fa Ismail ... Saya suka sangat Novel  HIDUP, CINTA, TAKDIR.. Novel nie jugak buat ibah terfikir.. cinta tu memang indah.. dan novel ni jugak mengajar ibah jika sesuatu berlaku ia nya dah tertulis dalam takdir hidup kita ..

" Kalau cinta itu benar. Ia akan mencari jalan untuk bersama kau. Walau dengan apa cara sekalipun. Tak kiralah dalam bentuk apa sekalipun. Kau akan menemui cinta. Janganlah bersedih.. Yang lebih penting lagi janganlah berpaling dari cinta. Teruskanlah mencintai. Sebab cinta itu mengalir dalam diri kau.. Kau takkan dapat buang sampai bila-bila."


Tutti Friuti !

Assalamualaikum ! 

| Gambar ehsan dari GOOGLE  dan gambar ini cukup untuk membuat Noor Adibah terliur! |
OKAY. STOP.

 Err ! tadi sebernarnya taknak bukak FB. hehe. tapi terbukak pulak. alaaa, bukak pun guna 'si dia' punya FB. haha! opocot! terkantoi pulak yang aku bukak 'si dia' punya FB kan! hehe. jangan marah eaa cik abang kite. sayang awak nie ta tak tengok ape pun. cuma nak sekodeng jee awak punya FB. hihi.. >.<  PEACE! 


Lepas bukak FB tu. korang tau2 lah kan. ape yang aku buat.. hehe. aku tengok wall abang aku.. Semalam dia pegi Tutti Fruiti dengan tunang dia ( kak nad) ..
Dan abang ade letak gambar ni! !
| Untung laaa kak nad dapat makan Tutti Fruiti dengan abang aku.. | 
Diorang dating tak ajak aku ! huhu.. mana aci ! 

Korang nampak tak ape yang aku nampak? huhu.. sadiss tau..  Abang bawak kak nad  pegi TUTTI FRUITI ( betul ke ape yang aku eja nie?? haha. ) arrhh, yang penting diorang pegi tak ajak aku! aish! JELES tau tak? hehe.. Kejap2! baru aku pasan kat BATU PAHAT dah ade Tutti fruiti ehh? ingatkan kat KL je ade.. hihi.. nampak tak EXCITED gila aku nie.. aish..

# Dari aritu aku tengok gambar Nina makan ngan li huai  kat tutti fruiti , itupun diorang bergambar kan Kuantan. HAHA! aku nak tanye ni kat korang.. sedap sangat ke benda alah nie? 
LEPAS NI KENA MINTAK ABANG BELANJA AKU. TAK KIRE! HUHU.. 
TUTTI FRUITI <3  MACAM SEDAP JE BUNYI NYE.. hehehe 

Saturday 28 January 2012

5 minggu je lagi untuk Study Week !

Assalamualaikum w.b.t ..

   Haii bloggie2 !! :D rindu korang semua.. heee... Untuk adik2 yang tengah bercuti tu.. mesti rasa tak sabar nak masuk sekolah balik kan?? hehe. ye la kan adik2 mesti dah puas bercuti seminggu ?? macam mana dah puas dah makan limau mandarin?? okay, kak ibah taknak cerita banyak2 dah.. untuk pengetahuan adik2 dan semua lah.. Cik Noor Adibah ( ibahpanda) dah buat keputusan untuk menutup account FB ...  

| JANGAN CARI SAYA LAGI DI FB | 
SEBAB SAYA DAH TAK WUJUD..

10 / 2 / 2012 - tarikh akhir untuk cik ibah mohon Degree.. errr, sebelum pikir nak masuk degree.. 
cik ibah kene mengharungi semua Test, Assignment (yang berlambak), Final exam yang dah dekat ! errr.. 

3 - 5 / 2/2012 - hari Jumaat -  Ahad niee, ade Trip ke Cameron Highland untuk subjek ENT 300..
10/ 2/2012 - ada Test Ent 300 
11/2/ 2012 - ada Test 2 Mkt 361
17/2/2012 - ada Test 2 OM 
27/ 2/2012 - ada Test Fin 360 ( Legal Law in banking ) 

Law !! ibah ingat ibah dah terlepas dengan law sem 6 nie.. okeh.. rupenya tak.. saaangaat awesome! 
serius ibah cakap ibah risau gile dengan subjek nie.. Test 1 dah lepas.. result?? okeh.. dah STOP. tak mau cakap banyak pasal test 1. yang penting KAU BUAT YANG TERBAIK UNTUK FINAL EXAM. 

STUDY WEEK ( 3/3/2012 - 11/3/2012) 
MAKSUDNYA LAGI 5 MINGGU JE LAGI UNTUK STUDY WEEK.. 
# OKAY NOOR ADIBAH TERUSKAN BUAT OPERATION PLAN (ENT300) ..BYE KORANG! 



Wednesday 25 January 2012

Minggu yang bermacam - macam perasaan ...

Assalamualaikum w.b.t .. 

 | Rindu tak dengan wajah ini ?? heee.. kalau tak rindu dah.. kite tak kesah pun.. heee | 

  Haiii bloggie, eeeee... dah lama rasanya tak bukak blog My Diaries Panda nie.. serius lah kita cakap kita rindu nak bercakap2 kat blog nie.. huhu.. dah lama memang tak bukak blog kawan2 yang 'HOT'2 kan?? hehe.. Cik Tetra a.k.a mak jemah we olls , kita dah lama tak bergossip dengan awak kan? rindu nyee.. 

Buktinya, ibah bukak blog Cik Tetra .. dan dah 3 minggu cik Ibah tak post ape2 di blog! 
ushooo... betul ke nie?? dah 3 minggu tak update ?? huh. 



  Hari sabtu lepas, ibah dan nina dan jugak geng2 QS, pegi Gambang Waterpark :D heee.. seronok memang seronok.. macam2 rase.. first sekali, ibah nak ucapkan terima kasih banyak2 buat keluarga Aini Amanina (Nina ) sebab dah bagi layanan yang teristimewa lahh untuk ibah.. Sayang Mamita <3 sayang Alisya<3 Sayang keluarga Nina <3 hehe..

   Mak nina ajar ibah buat 'NASI GORENG SARDIN' disebabkan ibah nak sangat makan nasi goreng tu.. pagi Sabtu tu sebelum kiteorang pegi Gambang.. Mak Nina buatkan kiteorang nasi goreng.. dan Sandwich ... sedap ! heee. tapi sayangnya.. makanan2 tu semua tak dapat bawak masuk dalam WATERPARK tu!! cehhhh... baru ingat nak makan kan..

   Hari sabtu tu memang penat.. serius! sebab tiket bas ibah balik Batu Pahat pukul 1pagi.. sampai BP dalam pukul 6 pagi.. 5jam duduk dalam bas.. naseb baik bas yang ibah dapat tu selesa.. First time dapat bas TRANSNASIONAL 2 TINGKAT.. dan ibah dapat tingkat atas!! hehe.. excited nak naik bas time tu... sepanjang perjalanan balik BP, ibah tidur.. sms abah pun bila dah sampai BP.. (kita sms ORANG TU.. ORANG TUU tak balas.. maybe die pun tdo.. kepenatan.. ) heee. okeh kita paham. 


Dan hari ahad lepas tu jugak lah ibah pegi rumah Farhana .. sebab dia bertunang..farhana ni kawan kiteorang masa di Sek.Men lagi..  :D eeee.. tak sangka kan kawan kiteorang dah bertunang ..dan buat pengetahuan korang, ibah beli tiket pukul 1 pagi dari Kuantan pun sebab nak sangat tengok kawan ibah yang sorang ni bertunang ... Ibah doakan Farhana ye.. <3 nanti kalau dah tetap tarikh nye. jemput kita tau!! 

   Heee .. waahh, nampak tak muka kawan ibah sorang nie.. hee . berseri2 kan?? tapi sape tahu kan.. hati farhana camne?? mesti macam2 perasaaan kan?? lagi2 masa bakal mak mertua sarung kan cincin... ( ehem2.. Farhana dah jadi TUNANG ORANG  kan?? heee.. ) -

p/s: Ibah doakan awak dan tunang awak ehh..semoga hubungan korang dipanjangkan dan semoga berkekalan sampai akhir hayat oleh Allah s.w.t .. :D amin...

   Lepas balik dari rumah Farhana, abah ajak balik Pekan Nenas.. bila balik rumah nenek.. ibah jumpa SYANA NORIZA ! heeee.. adek sedara aku yang aku sayang saangat lah kat dunia nie.. tapi time aku sampai rumah nenek tu.. die terbaring kat katil sebab Demam.. ehehe. alala.. cian die.. demam ehh? demam ebab rindu kak dieba ke?? ape2 pun! akak gembira gila dapat peluk zana. huhu.. rinduuu... 

Dan tak tahu lagi bila boleh bukak blog niee... 
kemungkinan kalau ade mood lagi 
cik ibah update yee :D bye u ollss!