Followers

Monday, 29 August 2011

Selamat Hari Raya Buat Keluarga Tersayang..

Assalamualaikum .. ;) 

haii bloggie!!  Hari ni.. Malam nie, Cik Panda x mo cakap banyak.. cuma nak ucap Selamat jee.. hehe..  

SELAMAT HARI RAYA . . .



Gambar ni tetibe Cik Panda jumpe kat dalam MacBook ayahman.. huhu.. aish! rindu nye time nie kan.. 
Dah lama rasanya.. x sangka aku dah pun berumur 20 tahun.. raya kali nie.. hehehe!! 

Gambar di atas nie, semua gambar adik2 sedara Cik Ibah.. comel2 ehh diorang.. tapi Along, Angah, Aca dan Abby tahun ni tak beraya ngan kiteorang.. Tapi kali nie yang best.. SYANA NORIZA ade beraya bersama !! hoyeaahh :)) gembira macam nak terkoyak mulut nie.. huhuhu.. dahsyat kan.. 


p/s : SELAMAT HARI RAYA buat yang disayangi.. especially buat keluarga.. 143 ;) .. sahabat2 cik panda.. jangan lupa cik  ibah ehh. bila makan lemang , nasi dagang kee.. kan?? hikhik... Nak makan burasak dan lepat loi.. datang lah PEKAN NENAS, JOHOR.. k?? Saya beraya di JOHOR BAHRU kali nieee... <3

Saturday, 20 August 2011

Alhamdulillah.. Syukur pada ilahi ..

Assalamualaikum .. ;) 



  Ya Allah. lega nya bila dah sampai rumah.. berbuka dengan Mama, Abah dan Abang.. Ibah bersyukur sangat . Gembira sangat hati nie.. tak tau nak kata ape dah.. Terima kasih ya Allah.. sebab kabulkan doa ibah kali ni. ibah dapat berbuka di Pekan Nenas sekali dengan Nenek.. ;) huhu. lagi best dapat makan Murtabak dari Larkin. Ayahman yang belikan.. maceh ayahman. sebab belikan ibah murtabak dan air khatira yang terbaik ibah penah minum. hehhee!!! 

 Mama .. Abah. maceh sebab bawak anak abanh sorang ni pegi jenjalan. shopping kat Plaza Angsana.. wah2.. shopping bukan main lagi kan.. dahsyat... abes ibah borong. huhu... dah amek2 barang tu.. lepas tu baru rasa macam membazir je beli semua tu.. kesian.. kat maa n abah.. hermm.. dalam kepala ibah asek tanye, macam mana aku nak bayar balik sume yang mama n abah belikan aku ari nie??? errkk... banyak gila aku berbelanja!! belum tentu ibah dapat balas semua tu.. tapi insyaAllah. bila ibah dah ade kerja sendiri. ade pendapatan sendiri. ibah balas semua tu ehh mama abah... ;) adik x lupa tu semua..

 Penat2 shopping, bagus jugak ibah baca article nie kan.. huhu.. meh sini korang baca nie.. MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN ... pesanan Abah, insyaAllah adik buat.. ibah x lupa .. ibah selalu doakan mama n abah abang dan arwah kakak di sana baik baik je.. Ibah sayang semua.. ;) tak ada kasih sayang yang terbaik ibah pernah dapat selain keluarga ibah.. 

 Awak.. awak pun, terima kaseh ehh. sebab dengar cerita kita. .kita mmg camnie.. uhuuu.. mesti dia penat kan. dengar kita bercerita tak abes2.. Ingat tau pesanan kita. kalau kita pergi dulu sebelom awak.. awak doakan kita tau.. bacakan yassin untuk kita.. kalau kita dah x ada nanti.. mana lah tahu kan.. kali nie ramadhan yang terakhir buat kita.. tu semua kita tak tahu kan?? ;) Sayang awak. .  harap2 kita dapat lah jumpa malam lailaturqadar sama sama kan..

  Kepada arwah kakakku Noor Aisyah.. Ibah doakan akak bahagia di sana dengan Anak akak.. ;) ibah x lupa akak.. Semoga kita dipertemukan di sana nanti.. harap doa ibah dimakbulkan Allah S.W.T.. ibah tunggu masa tu kak.. lots of love from ibah. adikmu yang seorang <3

Monday, 15 August 2011

Ziarah Ramadhan Anjuran UiTM dengan kerjasama JKKK Kg.Semabok, Melaka


Assalamualaikum ;) 
haii2 bloggie.. rindu nye kat kita nye blog niee... 

12 Ramadhan - 14 Ramadhan 1432 Hijrah ~

Cik Panda aritu ade mengikuti program yang dianjurkan UiTM.. wahh.. Nama program nie je dah menarik hati Cik Panda untuk JOIN sama 2 mereka... Program ni diadakan di Kampung Semabok, Melaka... 

" Program Ziarah Ramadhan Destini Kenegaraan Nur Al-Falah Peringkat Zon Selatan "

  Cik Panda ingat, program ni kecil kecilan.. tapi tidak.. korang nak tau tak?? UiTM Segamat jee dah antar 5 buah bas lebih kurang 200 pelajar.. Ramai tak?! ishh... mmg ramai.. Itu belom dikira lagi dengan mahasiswa dari UiTM lain.. ade yang datang dari UiTM Shah Alam, Machang ( Kelantan ), Negeri Semnbilan dan UiTM Melaka pun turut serta dalam program nie..

 Nie kolej kediaman yang kite semua duduk.. Tingkat 6 A-1 .. tinggi gileee kan??... huhu sebenarnya kolej kediaman nie ade 10 tingkat.. tak salah cik panda laah.. x sempat nak sekodeng lama2..


  Pengalaman yang paling tak dapat dilupakan, pada seawal 3 pagi lagi kami semua disuruh berkumpul untuk mengetuk pintu rumah orang kampung untuk bersahur.. Dah macam program 'SINGGAH SAHUR' yang dalam TV3 tu kan?? hehe.. tapi program kali nie dipanggil "KETUK2 SAHUR"..

  Kami dipecah kan kepada  3. Kumpulan 1 - 10, akan ketuk rumah orang Kampung Semabok. dan diarahkan pergi ke rumah Pakcik Zakaria , Kumpulan 11 - 15 pulak di arahkan pergi ke Kg Semabok Dalam, dan Kumpulan 16 - 19, akan pegi ke Padang Semabok.. Tak jauh dari Kampung Semabok.. kami semua menaiki 2 Buah bas UiTM. . Semua kumpulan diberikan sebuah kotak besar dan 2bungkus makanan untuk mereka bersahur.. 

  Cik Panda kumpulan 19. masa sampai je di rumah tu, cik panda bersalaman dengan Nenek dan Atuk.. Nampak wajah mereka gembira melihat kami.. datang dari jauh.. pagi2 lagi dah bagi salam dan ketuk rumah mereka.. suka lihat mereka.. ;) ibah harap.. kami dapat lah membantu nenek dan atuk.. serba sedikit.. walaupun sekejap .. tapi kami rasa bersyukur sangat dapat jumpa mereka.. ^^,

  Ada salah seorang Makcik, menangis dan menitis air matanya, dijunjung makanan tu.. Sebak kami melihat makcik tu.. Mungkin dia terlalu gembira atau sedih.. perasaan nya masa tu terlalu susah untuk digambarkan.. kalau semua nak tahu.. makcik tu tinggal seorang je ..

 
Eheem.. hehe.. CikPanda dengan Cik Hanis sempat pegi snap2 pic dekat Cruise Melaka.. 
(Berhadapan je dengan Kolej Kediaman Tun Mutahir )

 

Gambar bersama Abg Noramin Mahamad Nor 
( MPP UiTM Melaka )

Nie pulak Abang Naim, die ketua kitaorang.. GENG SURAU 3 .. hikhik.. 

P/S: Terima kasih warga penduduk Kampung Semabok, sebab mengalu- alukan kehadiran kami.. ;)  Terima kasih jugak buat Pakcik Zakaria.( Ayah angkat cik Ibah, merangkap Ketua Kampung Kg, Semabok ) sebab malam sabtu tu kami diberi tidur di rumah beliau dan belanja kami minum ABC! heee... Terima kasih banyak2 sebab melayan kerenah kami.... Dan sejak Ibah balik dari Program Singgah Sahur hari Ahad tu.. Pakcik Zakaria, dah 2 hari Call Ibah.. menanyakan khabar.. huhu.. lepas waktu berbuka je Pakcik mesti call ibah kan.. hehe! Patut nye Ibah yang kena call pakcik.. ni pakcik lak call saya.. :) Terima kasih.. Nanti, InsyaAllah saya datang beraya di rumah Pakcik Sekeluarga  ehh..

Thursday, 11 August 2011

Rindu . . .

Assalamualaikum w.b.t.. 


  Petang nie tetiba rasa nak makan lempeng mama buat.. huuu... lupa pulak. yang hari ni puasa.. huhu.. jadi cik panda telan air liur je lah.. hehe.. rindu... nye kat mama n abah.. rindu rumah. rindu adik2 ibah yang duduk dalam sangkar tuh.. huhu.. rindu nak berbuka dan bersahur sama keluarga.. aishh!! tak tahu lah perasaan orang yang belajar kat OVERSEA sana tuh. tinggalkan keluarga mereka... tak rindu ke diorang kat family diorang?? 

Awal sem ari tu, Cik Panda pernah lah merengek nak balik, tup tup mengalir air mata nie, bila dengar suara abah dan mama.. (bukan saje saje nak nangis oke?? ) tapi ter' nangis.. aduiyai... 

IBAH: abah.. ibah nak balik ..
ABAH : macam mana nie ?? adik nak blaja kat oversea?? kalau sikit2 rindu abah ngan mama.. tengok tu, orang yang belajar kat oversea tak ada pun nak balik rumah die.. rilek je die.. 
IBAH : lahhhhh... buat pe nak pikir diorang.. IBAH skang ni belajar kat SEGAMAT je bah.. bukan je GERMAN.. huhuhu.. ( tak jadik nangis ibah waktu nie) abah lah.. buat lawak lak.. aduiyai.. 

  Puasa kali nie, kira hebat lah anak abah ngn mama ni kan?? dah lama dah adik tak balik BP. kalau tak setiap minggu muka nie jugak yang nak balik awal..  Mama, ibah nak balik jugak mggu depan.. sorry, ibah xdapat balik mggu nie.. ibah ade Program Singgah Sahur.. Mama doakan ibah sihat2 je ehh kat sana.. harap2, ibah tak nangis kat sana.. huhu... 




Sunday, 7 August 2011

Hadiah yang paling berharga buatmu ...

Assalamualaikum... 

  Menurut satu hadith Rasulullah..menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz. 

  Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

   Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. 

   Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.   Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.  


 InsyaAllah.. ibah selalu ingat akak.. ibah hadiahkan akak dengan surah2 yang mama suruh ibah baca tu ehh... lepas ibah abes solat maghrib.. ibah tak lupa hadiah kan arwah kakak surah Yassin..  Ibah tak kan biarkan akak SEPI tanpa doa dan sedekah dari kita maa.. ;) Pejam celik pejam celik.. dah nak genap setahun dah arwah kakak pergi..

Saturday, 6 August 2011

Hint pertama ^^, 14376 ... hehehe

Assalamualaikum.. hehe.

Helo Helo.. Nak kopi ke Milo??? jap2.. ni bulan posa.. x bleh cite pasal minum.. nnti cair je kang! hehe..
Boleh ke nak berangan jap.. adeh... tak boleh eh?? eee. suka ati laaa.. kita punya blog. bukan awak punya blog kan??? haha...Malam nie boleh ke kita letak lirik nie dalam post kita.. awak tak marah kan?? hehe.  Cuba hayati lirik lagu nie ehh.. kita suka sangat <3

Aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


Maceh...7/8/2010  ♥ 143 ♥

Friday, 5 August 2011

Baby Gurl ^^, Tahniah Fie ..

Assalamualaikum.. heee... 
Senyum lebar Cik Panda Malam nie.. hehe.

Lepas habis solat terawih di Masjid As-Syakirin.. balik lah bilik kesayangan nie.. ntah macam mana hati ni terbukak nak bukak balik Nombor MAXIS yang dah lama ibah x bukak tu.. TUP TUP. ade 1 NEW MESSAGE.. ehh. sape pulak yang bagi niee.. huhu.. tengok nombor. Fie Fatin yang bagi mesej.. 

" Asslamualaikum, Ibah..Alhamdulillah 5 OGOS 2011, pagi tadi pukul 19.13 pagi fie selamat melahirkan baby gurl  seberat 2.99kg"...  bagitau kawan2 yg lain eh. TQ.

Ya Allah!! Fie.. dah bape lama ibah tak jumpe kawan ibah yang sorang nie... tup tup.. tengok dah ade sorang lagi baby kan! aritu, ibah sempat jumpa anak sulung fie.. dia COMEL sangat! serius ibah cakap.. ye lah.. Mak nye cantik .. Ayah nye pulak hensem .. kan kan?? huhu. mestilah anak nye pun double triple comel!! 
 Adib ( Anak sulung Fie ) comel nye dia... mesti dia dah besar kan.. dah lama ibah tak jumpe dia.

Sekarang Fie dah jadi EMAK. Mesti tanggungjawab fie semakin bertambah kan! huhu.. Macam mana lah perasaan bila dah melahirkan anak tuu.. hUhuhu.. Fie, apa apa pun... ibah ucap Tahniah ye.. tahniah kerana selamat melahirkan Baby Gurl... Semoga Allah S.W.T mengurniakan Anak anak yang soleh dan solehah untuk Fie dan suami yang tersayang... 

Fie.. TAHNIAH ye.. <3 huhu. ibah pulak yg excited nie... huhu.. X sabar nak jumpe anak fie yang bru je lahir!  Hari raya kali nie.. fie mesti hepi kan.. dapat sambut dengan family.. anak2 yang comel.. :))

Thursday, 4 August 2011

Kawan atau Sahabat ???

Assalammualaikum..
Ape kabar bloggie semua?? rindu kat saya tak ?? huhu. mengada lah ko ibah.. jangan nak lebih2 eh.. Okay. Kat sini, Cik Panda cuma nak tanya pendapat korang laa.. Apa maksud KAWAN dan SAHABAT bg korang?? 

Sahabat ... Bunyi nye macam sedap kan??? herm.. tetapi pahit buat mereka yang pernah merana.. 

Ya Allah... kata kata itu agak menyakit kan aku.. apa yang dia maksudkan ??? aku blurrrr.... Salah seorang sahabat ku kata yang  " DIA TAK PERNAH SEDAR DENGAN KESILAPAN DIA. YANG DIA TAHU KESILAPAN YG ORANG LAIN BUAT JEE... " ... 
Maaf kan ibah kali nie.. Bukan maksud untuk menghentam 'kawan' itu tapi... 
yang membaca mempunyai HATI dan PERASAAN ...
   Ibah boleh kata kat sini.. TOLONGLAH .. Jangan meragukan KESETIAAN sahabat kita semua.
.
Alhamdulillah.. Ujian nie menyedarkan ku erti sebenar kalimah 'kawan' dan 'sahabat'... Ujian ni jugak la menyedarkan aku siapa kawan dan siapa lawan.. siapa kawan yg baik.. siapa kawan yg berpura pura... berkawan tu mesti ikhlas kan... ;) 
I SAHABAT..  Sahabat  boleh diertikan seseorang yg akan bersama dengan kita samada semasa senang dan susah , kawan hanya berada bersama kita sewaktu senang dan ketika susah..kita dibiarkan sedirian. 

KAWAN , TERIMA KASIH SEBAB HADIR DALAM HIDUPKU.. 
7 TAHUN YANG LEPAS.. :)) mungkin ada hikmah disebalik sume nie.. Ibah redha.. KAWAN.. kau pergilah.. ibah tahu kau dah ada kehidupan kau sendiri kan?? ibah tahu kau boleh. Tanpa AKU.. ^^,
Terima kasih sekali lagi untuk KAWAN...